Friday, December 26, 2008
Pusara Bapaku
Harini aku menziarahi tanah perkuburan Akar Peluru dimana menempatkan seluruh keluarga dan sedara sepapat sebelah mak aku.. dengan menaiki kereta pakteh aku bersama-sama adik dan makteh aku. Kami mulakan dengan menziarahi kubur arwah Hj Tok Mat iaitu tokwan aku seterusnya Hj Tok Zein pak kepada tokwan aku iaitu tokwan kepada pakteh aku merangkap bapak mertua tok aku.. setelah selesai menabur bunga dan menyiram air mawar, ku sedekahkan alfatihah dan alikhlas buat mereka.. seterusnya kami beralih ke kubur arwah bapak aku yg terletak cun-cun bawah pohon cempaka.. ku tatap batu nisan marmar hitam sedondon dengan kepung marmar 2 tingkat sekelilingnya.. indahnya kubur bapakku.. dihiasi dengan batu sungai di kepala dan kaki.. menatapnya saja sudah membuatkan aku sebak.. dalam hati kuharap di bawah juga seindah itu.. ku lihat wajah adikku sayu.. kami menaburkan bunga-bunga yang cantik.. cantik sangat sebab bunga-bunga ni dibeli di kedai oleh pakteh.. kusiram air mawar.. biasanya orang campurkan dengan air, tapi aku tidak mahu campur biar wangi semerbak.. biar lekat baunya pada batu-batu sungai selama yang mungkin.. mulutku tak henti-henti mengulangi surah alikhlas untuk kuhadiahkan diselangi dengan alfatihah untuknya.. mudah-mudahan tenang rohnya.. dalam hati, aku berjanji pada diriku takkan ku siakan pemergiannya dengan menjadi insan yang berguna.. insan yang akan membanggakan beliau.. insyaallah.. ketika melangkah pergi, aku sempat menyentuh hujung nisan dan berlalu.. aku sempat melihat adikku juga melakukan perkara yang sama.. wajahnya seakan berat untuk melangkah pergi.. pak.. nanti kami balik kami mai la na.. assalamualaikum..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Bagus..Ayat-ayat yang digunakan sangat bagus...ada kemajuan..anda berjaya memberi gambaran yang jelas kepada pembaca..descriptive essay macam ni markah byk..
Al-Fatihah utk arwah..
Post a Comment