Wednesday, February 25, 2009

Rakan Sebaya Dianaiya





Skudai : Berang apabila roti plantanya dilenyek oleh rakan sebaya, seorang pelajar tahun 3 jurusan kejuruteraan di sebuah institusi pengajian tinggi awam yang terkenal di selatan semenanjung bertindak melaporkan kejadian itu ke pondok pengawal universiti tersebut. Mangsa yang ingin dikenali sebagai Neo, tidak berpuas hati dengan rakannya itu setelah menemui rotinya itu pada keesokan harinya di bilik suspek. Seorang saksi berkata, mangsa belum sempat makan roti tersebut kerana sibuk bermain permainan komputer bersama rakan-rakan yang lain lalu meninggalkan roti yang dibelinya itu di atas katil suspek. Suspek, merupakan rakan karibnya sendiri yang kemudiannya pulang daripada perjumpaan kerja kumpulan kira-kira pukul 12 tengah malam terus baring dan tidur di atas katilnya tanpa usul periksa. Suspek telah di tahan pada malam esoknya untuk siasatan. Menurutnya lagi, roti yang dibeli dengan harga 60sen tersebut masih sedap dimakan walaupun telah dilenyek sehingga leper. Suspek yang berusia 22 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan menyalahkan mangsa sendiri sebagai lalai sehingga mengabaikan rotinya itu.

4 comments:

Zarpeno said...

hukuman berat harus dikenakan ni..wei kamu diteg

sabrosa said...

hukum hudud perlu dilaksanakan...

baskettoman_sg said...

hudud: potong pungkoq

Tarmizi Abd Rahim said...

hahaha~