Biasa lah sebagai seorang pelajar melayu apabila disebut 'study last menet'. sudah sedia maklum, hobi atau tabiat ini sebenarnya kurang baik atau pun kurang sihat di amalkan. Ini kerana kesannya bukanlah kepada keputusan exam, tetapi adalah terhadap pelajar tersebut sendiri.
Pertama, pelajar tersebut mesti mengalami tekanan yang hebat seumpama Lee Chong Wei berdepan dengan Lin Dan. Akan tetapi, ramai juga yang mampu survive dalam situasi ini. Sebabnya mereka laluinya bersama-sama. Dalam erti kata lain, mereka pakat 'study last menet' ramai-ramai. Secara tidak langsung tekanan itu tidak terasa dan di serap sama sekali. Berbeza pula dengan orang yang tidak pandai belajar secara berkumpulan atau study group. Pelajar tersebut akan mengalami tekanan yang amat sangat. Di tambah pula melihat rakan-rakan lain tengah rileks, sedangkan dia bertukus-lumus kerana dek malas study awal.
Keduanya, 'study last menet' ni adalah puncanya masalah 'exam oriented' (aku xtau bahasa melayu kata apa). Mana tidaknya, esok exam, malam ni baru nak buka buku, hafal formula. Mulalah menghafal jalan kerja, padahal haram tak faham pun. Bagi yang biasa dengan cara ini, esok adalah hari paling performnya. Dapat la result yang menakjubkan. Itu pun kalau dapat direct questions. Kalau kena twist sikit, so long and goodnight la. Akan tetapi, tunggu la 3 hari lepas tu, semua yang dicurahkan atas kertas exam tu dah dicurahkan securah-curahnya. Bila ditanya semula, sepatah haram pun taktau. Kata dapat A. Haa.. ni yang paling ditakuti.. esok nak masuk office macam mana? tu yang buat malu kat majikan. Engineer, lukis bending moment pun kacau bilau. Lagi nak argue dengan orang lain. Mulalah nak kena belajar balik yang basic. Nahas!
Sebenarnya semua orang sedar akan ini, tapi biasalahkan. Ada yang sanggup nak mentelaah awal-awal semester ni? Tolong sket.. yang hairannya, yang mengalami masalah ni majoritinya pelajar melayu sahaja.. haha..
Jadi.. pelajar-pelajar sekalian.. di mana kita??? Damn~
3 comments:
DAMN!
terasa la ohh.
so sila berkumpul dan study geotech mlm ni.
HAHAHAHAHA
warg..mestilah.barulah study.kalau awai2 nama pulon.muahahaha
nih bukan sja kena batang hidong ku. malah bulu hidong ku turut serta. insaf~
Post a Comment