Saturday, March 28, 2009

Karnival Sokan

Tengah bulan Mac lepas, kolej kediaman pelajar UTM, Kolej Tun Hussein Onn(KTHO) telah menganjurkan Karnival Sukan dan Sukan Rakyat KTHO yang di sertai oleh 4 buah rumah sukan yang baru sahaja ditubuhkan. Antara rumah-rumah sukan tersebut ialah Kuning,Terqoise, Hijau dan Oren. Aku yang awalnya tidak mengenal warna Terqoise yang kebiruan air laut itu telah ditertawakan rakan-rakan. Buta warnakah aku?



Antara sokan-sokan yang dipertandingkan adalah futsal, bola tampar, bola lempang, bola keranjang, bola jaring, snuker, marathon, triathon, rejam lembing, memanah dan lompat kijang. Manakala sukan rakyat pula antaranya adalah tuju kasut, boling buah nyok, toi dan sepak raga bulat.


Kebiasaannya aku akan menyertai futsal. Tetapi kali ini aku mencipta kelainan dengan menyertai sukan bola tampar mewakili rumah Oren. Ini kerana pengaruh rakan sebaya yang mengatakan peluang untuk menang adalah cerah memandangkan permainan dijalankan di siang hari.



Karnival sukan berjalan selama 7 hari, berlari selama 6 jam dan berenang selama 30minit. Pasukan bola tampar oren A tewas mudah seawal peringkat liga berlangsung. Manakala pasukan oren B, yang diwakili oleh pemain-pemain yang sama dari oren A melayakkan diri ke peringkat kalah mati. Kejayaan ini adalah hasil percaturan baru pengurus pasukan, Mohd Shafiq Krypton dengan memberi penampar dan penerajang setelah pasukannya tewas untuk pasukan oren A. Kehadiran pemain import juga menyuntik semangat anak-anak buahnya.







aku bertindak sebagai setter sementara






ade andre memberikan tumpuan sebelum membuat servis kuda




Pasukan kami telah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir namun nasib lebih menyebelahi pihak lawan yang sememangnya konsisten sejak peringkat awal. Kami tewas tipis setelah membawa permainan ke set pernentuan. Hujan gerimis yang turun seolah-0lah turut meraikan kejayaan kami setelah menewaskan pasukan hijau dalam perlawanan penentuan tempat ke 3 dan ke 4. Juara adalah pasukan kuning yang menewaskan kami pada separuh akhir.






kelihatan cuaca yang sangat sejuk seperti di kutub utara




kehadiran krew siaraya di udara sekitar KTHO


ala-ala basketball


servis pancung yang terlalu laju sehingga bola tidak kelihatan


pemain ini ada 'date' selepas permainan tamat



pemain import dari kolej sebelah



jersi putih. Pemain pujaan Aman.


beralih daripada setter kepada spiker






Kami memenangi hadiah tempat ke-3 berupa hamper makanan ringan. tempat ke-2 dan pertama juga memenangi hamper yang lebih kuantitinya. Sungguh berbaloi usaha dan pengorbanan kami selama ini setelah menikmati makanan ringan.



Damn..

3 comments:

sabrosa said...

tahniah...anda sudah mampu melompat..satu peningkatan yang mendadak..

Tarmizi Abd Rahim said...

di manakah ade andre??
lama xnampak dia wey...

baskettoman_sg said...

haha! aku melompat lebih tinggi.. damn u sabrosa!

ade ada berdekatan anda.. haha