Semalam aku menonton perlawanan persahabatan antara squad Harimau dan Indonesia.. Tahukah anda squad Harimau? Mereka bukanlah sekawan harimau ataupun penjinak harimau, tetapi mereka adalah barisan muda yang menyarung jersi negara dalam bolasepak. Nama Harimau tu konon-konon nak bagi gempaq la.. kalau orang putih dengar, "harimau?? what is that in english, is it a bird??", "no, it is Tiger", "oh! wow.." macam tu la lebih kurang..
Berbalik kepada cerita tadi, perlawanan yang aku tonton ni merupakan siaran tertunda, so, by right aku dah tau la resultnya.. wawawa.. aku ada informer tetap yang dilantik khas iaitu saudara sabrosa.. sebarang perkembangan atau info bolasepak tempatan akan di inform terus pada aku.. so aku sentiasa up to date la.. hehe. Thanks a lot dude!
Berbalik kepada cerita tadi sekali lagi, dari awal permainan squad Malaysia mengawal permainan dan menggunakan corak permainan pantas. ini menyebabkan pasukan Indonesia tertekan dan selalu kehilangan bola kerana mereka bermain lebih perlahan berbanding lawan. banyak hantaran-hantaran yang baik dilakukan oleh squad Harimau dan tidak kurang juga yang tidak baiknya.. Persefahaman dan semangat berpasukan yang ditunjukkan juga baik, mereka menggunakan seluruh posisi untuk menyerang. Namun kegopohan beberapa pemain banyak merugikan pasukan. Contohnya, Zaquan Adha yang mendapat peluang keemasan berdepan 1 on 1 dengan penjaga gol, namun beliau gagal menyempurnakan gol untuk pasukannya. Khyril Muhymeen pula kerap melakukan larian di sebelah kanan dan menerima umpanan yang baik, namun gagal melakukan hantaran silang yang sempurna. Gol tunggal negara yang dijaringkan oleh Zaquan hanyalah hasil kesilapan pertahanan indonesia yang tertanduk bola dan jatuh betul-betul di depan penyerang itu. Barisan pertahan negara beraksi baik dan berjaya menyekat serangan yang cuba dilakukan oleh pihak lawan.
Itulah serba sedikit komen saya akan perlawanan semalam.
Boleh dirumuskan bahawa, squad harimau bawah 23 tahun ini bermain lebih baik berbanding sebelum ini, tetapi perlu perbetulkan sedikit dibahagian serangan. Mereka perlu lebih bersemangat dan menanam sifat ingin menang, perkuatkan mental dan banyakkan menggunakan otak di dalam padang. kredit untuk K.Rajagopal kerana beliau bijak mencorak permainan squad negara. Untuk barisan pemain Negara, para peminat bolasepak negara sentiasa menanti kebangkitan anda semua. Berusahalah dan buktikanlah kepada mereka yang memandang rendah bolasepak kita bahawa kita setanding dengan dunia.
Sekian, majulah sukan untuk negara.
Sunday, June 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
k.rajan dgn zaquan kira nk bawak selagi BULEH...huhuh..bunyamin men kemaih,aidil kemaih, keeper Farizal Marlias pon ok..kyrel cun dah crossing banyak..agak fency..standart dia main..SHAKIR ALI power kot!!!!!
ya.. nampak byk improvement.. tp kedah tetap dgn rentak kemenangan.. yeah!
mau p tgk dak malaysia lawan Man U??
mau tiket dak?abg mizan nk juai..98..dia beli dah tapi xp kot ada mini olimpik time tu..
Post a Comment