Aku baru tengok balik videoclip - videoclip final piala malaysia 2009 baru-baru ni. So, aku nak buat sedikit luahan hati dan imbasan kenangan lampau..
Aku ni peminat bolasepak luar dan dalam negara.. tapi kali ni aku nak story sebagai fan bolasepak sepak tempatan. Most of my friends memang dah tau aku ni fanatik gila dengan bola sepak kedah. hahaha... sebagai holigan kedah, aku memang sangat kecewa sebab kedah tak dapat masuk final kali nih. tapi takpa la.. kita memang takkan sentiasa menang saja kan.. menang kalah adat permainan la kan.. cewah!
ok.. berbalik pada final match tersebut, aku yang pada awalnya rasa teruja untuk tengok live final tu sebab fan kelantan banjir kat stadium nasional tu. lagipun ada antara member-member aku orang kelantan yang turun stadium.. so, aku pun tersokonglah kelantan. hehe..
tetapi... apa yang berlaku di sana sangat mendukacitakan aku dan peminat-peminat bolasepak tempatan lain. mungkin ramai yang dah agak kejadian macam tu akan berlaku, tapi.. come on la.. kalau tak kerana fan, aku rasa, kelantan boleh buat comeback waktu second half tu.. aku frust btol la.. (ceh.. mcm penyokong plak).
dulu kedah pernah dikalahkan perlis di final di stadium yang sama. hanya gara-gara kesilapan gol keeper waktu tu. kekalahan sepantas 6 minit baru sepak mula tu memang aku tak boleh lupakankan sebab aku dengan membe aku travel sendiri dari alor star naik bas, gamble naik train. masuk stadium nyanyi-nyanyi, tiba-tiba... gol!. pastu kalah. pergh! tapi kami penyokong-penyokong orait ja.. adat permainan kan, nak salah siapa, nak marah siapa, team dah all out pun, kita terima la.. time balik tu, naik train berjumpa fan kedah dan perlis, aman damai dan tiada apapun berlaku.. alhamdulillah. inilah rakyat malaysia. selang 2 tahun lepas tu kedah mula kuat dan kami terus menyokong sama seperti sebelum ni dan sekarang.
moral of the story, sokonglah pasukan anda secara sihat. majulah sukan untuk negara!
aku dan rakan-rakan baru balik dari UUM sintok menyaksikan friendly antara kedah dan UUM.
pulun kedah pulun!
sokongan kami bukan hanya ketika menang, sokongan kami sepanjang zaman!
Tuesday, November 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment