Showing posts with label cerekarut. Show all posts
Showing posts with label cerekarut. Show all posts

Wednesday, December 16, 2009

Twist!

Here you go..

THE STATEMENT BELOW IS TRUE..


the statement above is false.




Thankyou.

Sunday, June 28, 2009

Sesiapa yang belum tengok cita ni, aku nasihatkan sila la tengok di mana-mana panggung wayang yang berdekatan. Sebab apa, cerita ni memang best! Aku bagi fullmark. 8 bintang.

Penceritaannya sangat baik, plot demi plot membuatkan hampir setiap orang dalam wayang ternga-nga. Kecuali sekiranya anda menonton midnight movie dalam keadaan keletihan (tolong tampaq kawan-kawan yang tidoq dalam wayang. Contohnya Mat Cenik).

Kali ni banyak scene yang kelakar, terutamanya di awal-awal cerita yang mana banyak decepticon kecik dalam rumah Sam(watak hero). Bumble bee keluar dari garaj kereta untuk tolong sam, bumble bee yang tidak boleh bercakap kerana kerosakan mengamuk macam kanak-kanak sambil membebel sebab dimarahi Sam.. hehe.. kesian bumble bee..

Autobots yang rata-ratanya lebih kuat berbanding sebelum ini, lebih bekerja keras untuk selamatkan manusia sejagat. Berbeza dengan Desepticons yang lebih lemah. Aku rasa, Decepticons bukan lemah, tetapi Autobots yang semakin kuat sebab banyak training (kot.. hehe). Yela, boleh dilihat secara logiknya, Megatron tidur dalam laut, Starscream plak duduk diam-diam kat base. Macam mana nak kuat.

Plot paling sedih ialah bila Optimus Prime ditikam di dada oleh Megatron dan mati di depan Sam.

Sedih gila time tu.. huhu.. tapi takpa.. Sam mesti tolong selamatkan Optimus Prime yang merupakan satu-satunya Prime yang dapat menyelamatkan dunia. Nak tau lagi.. Pi tengok sendiri la..

Yang penting.. bagi aku, inilah movie yang terbaik dari segi penceritaannya, plotnya, grafiknya, soundnya dan segala-galanya. Aku confirm Transformers revenge of the fallen ni akan jadi movie of the year. Tolong la tengok. Jangan tak tengok.

Thursday, April 30, 2009

stress outcome

Aku ada belajar menda baru dari kawan-kawan aku. Teknik berjalan pelik. Ini direka oleh budak-budak gila yang stress sebab exam. 4 paper berganti-ganti di awal dan hujung examweek memberi tamparan hebat sehebat tamparan wanita kepada mereka. Cara berjalan pelik ni sungguh buruk gayanya, tetapi agak 'fun' kalau di praktikkan beramai-ramai. haha.. caranya senang saja.. ada beberapa teknik yang aku boleh ajar kat sini :

1) Cuba rendahkan lutut kanan anda, kemudian melangkah panjang menggunakan kaki kiri.
2) Keraskan kaki kanan anda, kemudian heret dengan kaki kiri.
3) Melangkah kehadapan sambil kaki kiri melakukan gaya menimbang bola takraw.
4) Keraskan punggung, kemudian bergerak laju dengan langkah yang kecil.

Selamat mencuba!

Saturday, March 07, 2009

dotA melalaikan??

"Yeah...". Suara yang cukup familiar kat bilik aku sebagai tanda munculnya hantu-hantu permainan komputer yang cukup top di Garena, sebuah online game server yang termasyur di malaysia. "jom seraun(round)" merupakan kata-kata hasutan yang sering digunakan oleh hantu-hantu ini untuk menyeru hantu lain yang berserongkol dengannya untuk bermain dotA.

DotA ni gila tak gila, boleh buat orang tak ingat dunia, awek pun di tolak tepi.. apatah lagi orang yang memanggil kat tepi-tepi.. takkan dilayan langsung. kalau layan pun, endah tak endah ja.. silap-silap akan di pukul teruk jika kita menyebabkan hero mereka mati.

Biasanya hantu-hantu ni tak kira masa. Asalkan ada masa terluang dan laptop @ pc yang free, dotA ini wajib dimainkan. Primetimenya plak bermula pukul 10 atau 11 malam, mereka akan tamat sekitar pukul 6 atau 7 pagi. Bilik aku lah sarangnya. Kena plak aku takleh main malam tu sebab esok nak bangun awal, susah la aku. Aku plak species susah tidur dalam keadaan bising. Terpaksalah aku berhijrah ke tempat lain seperti di dalam kereta, di balkoni ataupun di belakang-belakang bangunan untuk tidur..



hantu-hantu sedang buzy berdotA..

Akan tetapi, ada beberapa kelebihan bermain dotA ni.. pertamanya menjana pemikiran nak kreatif la macam game-game yang lain. Yang keduanya boleh mengelakkan dari terlepas subuh. Kalau kita tidur dalam pukul 3 hingga 4 sebab tengok movie, kemungkinan besar untuk terlap subuh tu tinggi.. btol tak?? tapi.. dotA ni plak takkan dihentikan sehingga lah ke subuh.. para pemainnya akan secara automatik dapat solat subuh sebelum tidur..

Masuk semester ni dah 3 tahun kawan-kawan aku terjerumus dalam arena dotA ni.. tapi game ni tak pernah pupus, hilang dari hati dan jiwa mereka pun.. sehingga waktu makan, waktu tidur, waktu bersukan mereka akan berbicara tentang dotA. Dalam kereta, dalam kelas, dalam jamban, mereka tetap berbicara tentang dotA. Dari semasa ke semasa posmotem akan dibincangkan..

Sebagai kesimpulan, aku dapat merasakan menda dotA ni dapat terus hidup selama 4 atau 5 tahun lagi. Sebuah permainan yang tak lokek dek peredaran zaman. sekian..

hidup dotA!!! Damn~

Friday, January 30, 2009

Si rabun

Seekor ular tedung baru sahaja tinggal serumah bersama kekasihnya. Satu hari dia bertemu dengan pakar mata kerana matanya rabun. Pakar tersebut memberikan sepasang cermin mata kepada sang ular tedung dan dia sangat gembira. beberapa hari selepas itu ular tedung tersebut datang kembali kepada pakar dengan muka yang tidak gembira. "Aik? dah boleh nampak pun sedih?" kata pakar. " Selama ini saya tinggal bersama paip air.." jawab ular tedung itu.