Monday, November 23, 2009
Kena kencing
cis!! remember my previous post regarding that stupid peter answer what the hell thing.
shit man! it was all jokes! i have been tricked by that shit!!
hahahaha!
oh dear i cannot stop laughing at myself! stupidous shit!! mana ada setan apa tu semua peter shit. kalau nak panggil betul2 kena seru betul2 la.. ini typing dalam komputer ja.. cis!!!
nasib ler my frens kat rumah did told me that i've been fooled by that thing. they told me to search it on youtube that shows the reveal. rupa-rupanya orang yg mentaip tu la menipu semua.. dia taip siap2 jawapan kat petition tu. aduhai.. adakah aku seorang saja terkena atau yang lain-lain pun sama atau mereka turut terlibat mengena aku.. cis!!
WA KENA BEB!!!!!!! tahniah diucapkan kerana mengena aku pagi-pagi buta.. lama plak tu aku percaya.. hehe.. dem!!
Thursday, November 19, 2009
My expression
ahhhh i'll do better for next semester.. ( sedapkan hati )
insyaallah.
ok. i have only a month to relax!! forget all the sadness and stresses!! enjoy!!
but.. i have no money.... ??? huhu.. nevermind!! (lagi sedapkan hati)
i wokeup early today.. this is good!
Friday, October 30, 2009
tumpas di medan perang..
next paper plz!! (not in a mood)
Monday, September 14, 2009
Im home!
Aku mengalami masalah nak menemui internet kat utm ni. Langsung tak boleh nak online dari bilik aku. AKU BENCI WIFI UTM! oleh itu, aku terpaksa berebut dengan petani-petani yang bercucuk tanam dlm 'perkampungan ladang' dalam facebook untuk menggunakan broadband saudara Fathurahman. musim menuai mereka biasanya antara 4 ptg hingga 6 ptg dan 3 pg hingga 5 pg. Broadband saudara Fathurahman tu plak dengki dgn aku.. time petani-petan tu guna ok ja. time aku nak guna, mesti slow gila baibon.. warghh.. terpaksa aku berjalan kaki ke Perpustakaan Sultanah Zanariah. Semata-mata untuk update antivirus.
Cukup la kot aku beletiaq arini.. babai..
Wednesday, June 24, 2009
KEBABOM!!
Tarikh : 23 jun 2009
Lokasi : Site Office
Cuaca : Cerah
Ah Seong, machineryman masuk ke office sambil jerit-jerit " jom! jom! kita mau bom dah! kita mau bom!". " jom apeng!"
apeng : "orait!" sambil ambik bootnya.
ah seong : "Amar jom amar!"
En amar : "ya ya kita mau pi.."
Mat Cenik : " Zul pi amik topi dengan boot. jom pi tengok bom!"
Aku yang sememangnya ternanti-nanti akan hari ini.. hehehe.. kerja mengebom batu @ rock blasting. Terujanya aku!
Macam biasa aku jadi cameraman. Sampai ja kat Chainage 8000, aku tgk ramai orang atas bukit.. Polis pon ada! Pastu aku tgk agak-agak 500 m depan, nampak 2 orang tengah tarik-tarik wayar.. macam dalam tv ni.. Siap bunyi siren! Suasana semakin mengujakan ..
Aku terus bersalaman dengan semua orang kat situ termasuk la safety officer yang incharge kat situ. Dia tengah cakap-cakap ikut walkie-talkie dengan engineer bom kat bawah bukit.
safety officer : "Ok.. Kontraktor dah mai.. kita boleh mula.. cas-cas! ready.. cas.."
engineer bom : "ok.. tgk sekeliling.. kalau ada interuption cakap aa..."
safety officer : " ok.. ready untuk tembak.." ( ni dah mcm nak perang ja..) *kata hatiku..
engineer bom : " 1.... 2.... 3.... tembak! tembak! tembak!"
Tembak???????
Chainage 7400 : BOM BOM BOM KEBABOM!!!
Dentuman yang tidaklah kuat mana tapi terasa gegarnya.. bukit tu macam tengah kena tembak dari udara.. asap memenuhi angkasa.. memang mengujakan.. terbayang dalam kepala aku.. kan best kalau aku buat video konon-konon aku tengah jadi Super Saiya sambil letup-letup akt blakang.. hahaha...
safety officer : " Welldone! Ni baru controlled blast.." (maknanya semuanya ikut prosedur)
Encik Polis : "Dulu pernah gak tak meletup.."
Masuk angin kot.. heheh..
kami pun bergegas ke tempat letupan dari untuk tengok hasilnya.. batu-bata yang keras tu habis merekah.. tidak kurang juga yang tergembur keluar..
Engineer bom : " haa.. Ini bekas detonator.. tapi yang dh meletup.. " sambil tunjuk menda macam tangkai plastik kat aku. bentuk macam kepala gear kecik.. ada wayar sambung kat bawah..
Sukardi : " kita guna system apa ni? Nonel or lektrik?" ( saja nak tunjuk konon-konon aku tau.. hehe.. padahal aku penat jugak baca method statement.. Project engineer pon tak baca menda tu!! Apa punya engineer.. shhh..takleh kutuk lebih-lebih.. mampuih aku.. haha )
engineer bom : "kita guna non-lektrik punya.. tapi untuk bukit tinggi nanti kita guna lektrik.." (aku terbangga skit sebab berjaya buat cina tu impress.. konon-konon boleh dapat keja dengan blaster la nanti.. haha! ) "U mau ambik ni pon boleh.. buat survenor.. "
Cina tu terus bagi kat aku menda yang dia pegang tu..
Aku ambik bawak balik.. boleh tunjuk akt kawan-kawan.. haha!
KEBABOM!!
Saturday, June 13, 2009
Kesorangan
Thursday, June 04, 2009
Kat opis pun takdak keja sangat. Aku just cop borang-borang seperti borang QA, SPK dan PVD pastu suruh orang berkenaan sain. Bila dah takdak keja, aku asyik kacau site clerk, Kak ju.. Macam kak angkat aku la kira.. hehe. dia buatkan air milo untuk aku. Timakasih ya kak!
Abg amar pun boring dia siap boleh layan smallville kat youtube lagi.. Kak ju plak duk syok layan muzik dalam pc dia. Aku baru transfer semua lagu dari mp4 aku ke dalam pc dia sebab aku kesian dia ayik ulang lagu yang sama ja.. pernah skali abg amar mengamuk sebab tension dengar lagu yang sama ja.. hehe.. sian kak ju tak bersalah.
tepat pukul doblas tengah ari ja, mat cenik jerit nama aku.. " ZUL! JOM BALIK!" aku terus mengujakan diri dan siap-siap untuk cabut lari..
Best gla dapat balik lagi! hehe.. kami pun balik tanpa membuang masa dengan menaiki naza sorento kepunyaan company.. pukul 4.30 aku sampai aloqstaq! dan rasa malas sangat nak balik sana.. huhu... damn
Sunday, May 31, 2009
Remaja Kosong
"dak.."
"ish! hang mengaji u mcm mana boleh tak isap rokok"
...aku ghenyeh ja...
"zul, hang ada marka dak?"
"marka? hmmm.. ada... kot.."
"marka tak marah ka hang tak hisap rokok?"
..aku ghenyeh lagi..
"ada marka dak?"
"tak dak.."
"hang tak dak marka, tak isap rokok.. memang remaja kosong la hang ni"
..aku kerut dahi..
"semalam kami p mengai.. fuhh syok.."
"mengai ikan?"
" dak.. udang.. jom la esok malam.."
"saya tak reti mengai.."
" hang ni memang remaja kosong la.."
"dah takdak geng kaki mengai.."
"ni kami ni bukan kaki? semua menda hang tak buat.. tak fun la.."
"saya fun macam lain.. memang la saya tak mengai.. aku main muzik, main sukan.."
"hang main muzik apa? gitar? ada band?"
"ada.."
"hang main muzik, aku pun main muzik.. hang ada band aku pun ada band.."
mampuih la smua nak ikut hampa.. lain orang lain kpala bro! damn shit!
Tuesday, April 14, 2009
Presentation
That's me on this morning.. HAHA!!
Just because my presentation hold in the computer lab. Hypocrite huh??
Damn..
Monday, April 06, 2009
Tayar keretta
Tuesday, March 10, 2009
AKU KOMPIUS!!!
Azam teknik :
projek highway di perak
penginapan disediakan
elaun disediakan
peluang belajar : tinggi
kalau pi perak, tadak geng (kawan dengan indon)
Perunding asas:
takdak projek buat masa ni
belajar calculation kat office
kena attend meeting (kemungkinan besar kena tulis minute)
depan office ada burger mutiara
office depan rumah aku
malam-malam boleh lepak dengan geng
ada elaun (ciput)
peluang belajar : rendah
fikir-fikir yang mana adalah terbaik.. damn~
Sunday, February 22, 2009
Hari stress aku beb!!
Dengan dateline hantar assignment steel yang aku haram tak reti nak buat meneruskan usaha untuk mengstressskan aku.. orang lain dapat soalan mudah-mudah.. tapi aku dapat soalan yang berkaitan dengan bab aku blom belajar lagi.. soalan yang susah plak tu! aku merantau semalaman mencari kalau-kalau ada cikgu yang nak tolong ajar aku.. akhirnya 3 jam berlalu dan aku hanya mampu merenung soalan tu sampai la aku tension.. pastu aku pon tido..
Esoknya iaitu pada hari khamis tu, aku gi terus terang dengan 'kapten' kelas aku, Lee yi khai, tukang buat sibuk dalam kelas aku merangkap pengutip assignment steel.. aku straight to the point kat dia yang aku tak reti buat sambil menunjukkan kertas yang hanya aku salin soalannya.. dia dengan selamba kata "oo.. yang ni belom blaja, takyah buat la.. u tukar soalan lain.." wajah aku yang dari semalam kedut macam cabai kering bertukar jadi sengih sampai telinga.. maknanya, aku xtakyah buat laa sebab setiap soalan hantar satu ja.. yeah!! selesai! so petang dan malam tu aku bertukus lumus mentelaah subjek steel di bawah bimbingan cikgu Aryanti dan tutor Echa sampai la tengah malam..
Sunday, February 01, 2009
So long!
Friday, January 30, 2009
Ada ka takdak???
tapi sekarang ni aku rasa macam takdak assignment pon... ish! pelik sungguh! lantak la!
cuti adalah cuti! yeah!!
Wednesday, January 21, 2009
My Industrial Training
- resume aku sendiri.. takkan resume adik aku plak..
- surat permohonan
- surat sokongan fakulti
- keputusan exam aku yang paling latest.. aduhai ni result aku yang paling buruk.
Aku kalut-kalut ni bukan apa.. aku nak apply kat syarikat yang terer-terer, so kena la compete dengan budak-budak aloqstaq yang lain.. hehe.. padahal belambak-lambak lagi syarikat-syarikat lain.. saja mengebat. antara syarikat yang menjadi perhatian aku adalah:
- Bina Darulaman sdn. bhd. ( ni top kat aloqstaq!)
- Kedah Sato sdn. bhd. (ni pun sama)
- Iltizam Engineering sdn. bhd. (ni biasa-biasa saja)
- Perunding Asas sdn. bhd (yang ni office kat depan rumah aku ja!)
Yang menariknya, syarikat Perunding Asas tu officenya dekat dengan rumah aku. kat depan tu ja.. sama line dengan burger kulim.. haha! kalau dapat buat LI kat situ, aku boleh bangun pukul 7.50 pagi untuk pi office.. masyuk!!!!!
Satu lagi masalah aku ialah, aku kompius nak kerja dengan syarikat construction atau pun syarikat perunding (consultant). Aduhai.. Aku kena cepat mencari penyelesaiannya.. LI ja pon.. apa susah-susah.. Memang la susah.. Aku memikirkan masa depan aku jugak.. untung-untung syarikat tu nak aku kerja dengan mereka balik bila aku dah grad nanti.. kan senang hidup..
Apapun esok aku nak talipon syarikat-syarikat ni dulu.. buat havoc sket.. haha!
wish me luck kawan-kawan!
Wednesday, January 07, 2009
Pagi yang Hening
Pagi ni aku bersemangat nak gi tempah court badminton sebab kemarin dah cukup rehat. Bertiga, Ciky, Neo dan aku pun pi tempah court.. Lepas tu kami gi breakfast..
Dalam kereta aku mendengar berita di radio sinar yang menjadi kegemaran aku sejak akhir-akhir ini.. berita berbunyi begini, "pasukan Negeri Sembilan telah mengejutkan Kedah dengan 3-0 malam semalam di Paroi" kata juruhebah itu dengan suara yang mendatar.. CIS!! kalah lagi! apa jadi dengan pasukan feveret aku nih??? kena jampikah? kena suapkah? suap apakah? tension btol..
Pukul 8.55 kami meninggalkan Neo di Arked Cengal kerana kami hendak ke kelas sedangkan kelas Neo start pukul 11. Dan sekarang ni aku berada di dalam kelas. masing-masing terus meluru untuk mengambil pc masing-masing. Ramai yang memandai-mandai meng'on'kan komputer tanpa arahan. Lecturer pun belum masuk. Kelihatan beberapa classmateku mencuba-cuba VB atau visual basic yang merupakan subjek yang sepatutnya kami pelajari hari ini.. buat kepala saja tu kot.. wahaha.. konon advanced. Ciky sedang melayari internet dengan selamba membuatkan aku turut menurutinya.. "wei balik lecturer tak datang!" suara seorang classmateku.. Oleh sebab malas nak balik, aku pun terus on blog ni dan menulis sehingga sekarang.. hehehe.. sekian.
p/s : apa jadi dengan hijau kuning ni?? aduh!
Wednesday, December 31, 2008
Kekacauan Di Teluk Danga
aktiviti : berkaraoke la!
mengecap bahagia
10.30 malam
Kepuasan jelas terpancar di wajah Neo.. tetapi tidak bagi Aman kerana dia masih belum habis gian.. entah berapa puluh lagu dia nak nyanyi baru puas kot! kami keluar dari premis itu dan berjalan-jalan di sekitaran kerana hari masih muda.. kami melalui sebuah kedai haiwan yang tidak seberapa besar dan berhenti seketika untuk melihat-lihat.. aku tertarik dengan seekor kura-kura yang warnanya agak cantik lalu menunjukkan kepada shafiq dan diikuti rakan-rakan yang lain.. kura-kura tersebut sedang memanjat bekas air yang disediakan dalam sangkarnya membuatkan kami tertawa kerana kakinya yang pendek dan cengkerangnya yang besar menyukarkannya.. tiba-tiba, " eh dia tersangkut la wei!" ujar shafiq.. "eh! eh!".. "tak la.. dia selamat..". kura-kura tersebut mengesotkan badannya dan menarik-narik badannya dengan perlahan untuk memasuki bekas tersebut.. beliau seolah-olah bangga setelah menyedari kami sedang memerhatikannya.. dengan gaya cool dan wajah kereknya mengesot-ngesot.. sedang kami asyik memerhati gelagatnya tiba-tiba beliau terjatuh ke dalam bekas tersebut dengan kaki belakang masih di atas tetapi mukanya telah tenggelam air.. " eh! dia lemas!" aku menjerit.. dalam kekecohan, kami menjadi panik kerana kura-kura yang tadinya cool tiba-tiba meronta-ronta seakan-akan kelemasan. "tolong! argh! tolong!" mungkin itu yang cuba di katakan olehnya.. " sapa-sapa tolong dia wei! lemas!" aku menjerit lagi.. mahu saja neo meluru ke dalam kedai untuk memaklumkan kejadian.. tetapi kami bertindak melarikan diri kerana bimbang dan tidak sanggup melihat kejadian itu lagi.. "apa jadi kat kura tu ha?" soalan dari aman yang susah hati.. "aku tak sanggup nak tengok.. kesian dia.. tapi awat kita tak tolong dia wei?" aku menyampuk.. tiada siapa pon menjawab.. kami pun beredar ke tempat lain dan melupakan seketika kejadian itu..
Encik kura dalam bahaya..
Dalam perjalanan kembali ke kereta yang terletak agak jauh, aku bersuara.. " jom tengok kura-kura tadi! apa jadi kat dia.." kata-kataku mengingatkan yang lain akan kejadian kura yang lemas.. Shafiq ketawa kerana lucu apabila mengingati keadaan panik tadi.. " aku dah nak bagi tawu tokey kedai dah tadi.." kata Neo menyebabkan kami terus ketawa.. "aku cuak tadi tengok dia terkapai-kapai.." kataku sambil ketawa.. ini kerana walaupun panik, tapi keadaan spontan itu sangat melucukan.. kami meluru ke kedai haiwan tadi..
Encik kura yang terselamat
landak yang dikatakan kueh..
11.10 malam
Ketika pulang syafiq mencadangkan supaya semua membeli seekor hamster dan bela.. boleh jadi bahan ketawa time boring-boring macam tadi.. banyak la! mesti bilik aku jadi mangsa!
Dalam perjalanan, kami ke seven eleven untuk membeli Slurpee.. faham-faham la apa yang berlaku dalam 7E tu.. mestilah kekecohan juga yang berlaku.. aduhai.. seronoknya malam ini!
siapa punya angkara..
p/s : ntah apa-apa.. g mana pun kecoh.. ni blom ada apai ni.. mat kacau.. haha.
Sunday, December 28, 2008
So Long Holiday!
Pelbagai aktiviti telah dilakukan sepanjang cuti ini antaranya :
MAKAN dan LEPAK :
-kuetiow iman
-gulai ikan kuala kedah
-nasi lemak royale
-soya bean majai
-cendol insyaallah
-burger kulim
-teh ais jitra
-bbq rumah enon
-tat nasi ayam
-jingga(atau jingtat iaitu tempat lepak yang baru)
BERMAIN :
-bola padang
-futsal
-badminton
-berenang
-bowling
BERHIBUR :
-karaoke
-panggung wayang
-shesha
MELAWAT di:
-muzium padi
-tasik jitra
-pekan rabu
LAIN-LAIN :
-menonton bola di stadium dan di Guar,Yan
-menonton ragbi di Suka Menanti
-menziarah kubur
-makan kenduri
-servis kereta mak aku
-ambil booklist adik aku
-teman atuk aku buat medical checkup
-keluaq pekan
-hantar adik aku balik matrik
-tidur di rumah hamzah(rumah kolom)
Setelah disenaraikan, baru aku sedar.. macam-macam aku dah buat sepanjang sebulan aku cuti ni.. hehe! bagus.. walaupun ada yang macam kurang berfaedah, tetapi semua ni memberi makna dan impak ke dalam kehidupan aku.. aku akhiri cuti ini dengan jeritan.. "aloq staq! jumpa lagi cuti akan datang!!" dan berlalu pergi..
p/s: waving my hand..
