Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Monday, January 25, 2010

Kemenangan pertama

Akhirnya menang jugak.. yeah! petang tadi, team aku, Benchwarmers menang keatas Sepetang FC dengan 2 gol tanpa balas. Walaupun aku hanya bermain 20 minit, aku tetap berasa seronok dengan kemenangan.. hehe.. Aku ni sengal.. Susah payah merebut tempat 1st team dengan bermain bersungguh-sungguh, bila dah dapat, aku sampai lewat plak tadi.. huhu.. takda rezeki la nak main 1st eleven harini. It's ok. we still won! yeah..

1st half memang Bencharmers lebih banyak menyerang, sebab tidak banyak diserang berbanding perlawanan sebelum ni.. hehe.. Aku masuk pada babak kedua. waktu tu kami plak asyik diserang.. teruk jugak la aku terpaksa bermain posisi yang sangat susah, defensive midfielder. Aku tak suka posisi ni sebenarnya sebab aku tak pandai marking player. So, aku sering kena marah dengan captain sebab terlalu kedepan. hehehe.. posisi dominan aku ACM kot.. aku plak kuat kaki kiri, bila disuruh main sebelah kanan, susah la aku nak open game ke kiri.. haha.. tapi ada beberapa gerakan yang aku dapat hasilkan dan membuka peluang kepada team mate aku. So, hari ni aku dah jumpa posisi sebenar aku, ACM/CM kiri.

Setakat ni aku baru score 1 gol dalam league, 1 gol dalam friendly match. both are field goal. Midfielder scored a goal.. best kan? hehe.. apa pun, tahniah kepada Benchwarmers di atas kemenangan yang pertama ni. di harap kita dapat meneruskan rentak kemenangan ni.. yehaa! come on lads!!



Benchwarmers lineup:
standing from left: fahmi, fuad, neo, wan thong, narul, epul, ajis, adi, fathi
sitting from left: din, toyek, farid, apai, syamil, aiz, mael

Thursday, January 21, 2010

POKE

Wahhhh lamanya aku tak memblogkan diri.. aku dgn internet agak jauh la kebelakangan ni... rasa malas nak online.. (mcm tipu)heheh.. tapi ari ni aku online dan tringin nak update bog aku. nak erita sket apa aku dh buat selama aku tak update blog ni.. ok..

Aku dah mula aktif balik kelab kelanasiswa kat utm.. 2 minggu lepas, 8-10hb aku join budak2 kelana tu pi camping.. perkhemahan orientasi kelanasiswa, POKE. lokasinya di hutan simpan kat Labis, Johor. aku bertugas sebagai ajk program.. tolong set kan program untuk budak-budak baru tu..

Aku dgn rakan dan taulan yang seangkatan bertolak dengan kenderaan sendiri.. kami tidak menaiki kenderaan sebaliknya hanya menolak hingga ke lokasi tersebut,, hehe.. tipu..

Si dia, (cik embung) tiba sehari kemudian. ketibaannya disambut di stesen bas segamat yang kira-kira 30 minit dari labis. DEKAT sahaja.. hehe.. senior-senior kami pun ada yang join. sporting gila sister2 dan brader2 ni..

budak-budak tu dibahagikan kpd 7 kumpulan (kot. 7 atau 8 aku x ingat). aku dengan aman perlu fikirkan idea untuk bagi tema perkhemahan kat budak-budak tu.. dah lama kami pikir, tapi ta dapat jugak.. last2 malam ice breaking tu terlintas kat kepala otak aku ni.. kita letak tema "HIJAU". kononnya melambangkan nature and environment. tapi aku taktau la budak-budak tu masuk air apa dalam kepala. ada yang letak nama kumpulan "KETUPAT" la, "AVATAR" la. takdak kena mengena langsung. hampeh. tai kitorang layan ja.. siap ada dua kumpulan letak nama ketupat. oleh sebab taknak sama, satu tu letak ketupat 4. gila la budak-budak ni..

malam campfire seronok jugak.. macam malam pengakap aku kat skolah dulu laa.. abis nyanyi2 tu,, pukul 3 pagi kitorg buat gempaq... yehaa!!
SEMANGAT WIRA!! budak2 kena jalan balik ke campsite seorang diri dalam gelap kira-kira 1 km. ngeee.. aku jln bwk torchlight pun cuak. lagi la budak2 tu..


best..., hantoo dasyat-dasyat.. sampai ada yang pengsan-pengsan.. hehe.. kesian kat budak2 tu..hehe.. aku dah pernah rasa kat sekolah dulu lagi extreme!!

Overall camping ni ok la.. quite fun.. budak-budak semua sporting.. tempat pun not bad.. ada air terjun dan boleh berenang-renang.. rata-rata peserta aku survey, ramai yang seronok menimba pengalaman. cewah! pendek cerita tengok la gambar-gambar ni.. hehe..



p/s : 3 ari nak upload gambar2 ni.. tension!

Saturday, November 07, 2009

kurafat menatang ni! syirik!

hari jumaat. Aku bangun tepat 6.30 pagi lepas marka aku kejut. aku perasan yg laptop dgn kerusi aku tiada di tempatnya. aku bru tringat ciky pesan jgn kunci bilik sbb depa nak main dota. aku jenguk pintu nampak kawan2 aku still segar duk main dota. aku pun siap2 la solat subuh skali dgn sidai baju semua..

aku cari balik nota aku yg karang malam tu nak study.. aku ada paper lepas jumaat. elok-elok landing ja sempat la aku baca 2 ke 3 baris, aman dan mat bung berdiri dpn pintu bilik aku. "adi, ko pernah dgr tak peter answer?" aman tanya aku.. "tak pernah.. menda?". "haa.. g la tgk.. tu diorg th tgk..". aku pun ikut aman ke bilik apai.

apai dgn ciky tgh tgk kat laptop. interfacenya agak menarik.. ada kaler merah2 meroon. pastu ada textbox kat tgh2. apai taip apa ntah kat situ tapi keluar jawapan 'be patient'. "bung ko je boleh.." apai suruh mat bung duk kat kerusi tu dan cuba..

bung pun duduk dan terus taip kat text box petition : "peter, please answer". kat question box plak: "who is behind me". bung enter dan terus menda tu loading.. keluar jawapan di bawah tu tulis "adi".

hmmmm?? aku dah hairan dah.. ok.. mmg aku yg berdiri belakang mat bung time tu. tiba-tiba ciky datang.. " adi menda ni aku tak tipu sial! dia tau semua! semalam main semua cuak..". aku hairan lagi menda ni..

mat bung taip lagi.. "peter please answer:". "what colour of adi's shirt?". website tu loading lagi dan keluar jawapan.. " white".

damn,, memang aku pakai baju putih pun.. baju horas. memain ka apa menda ni.. apai, aman dan ciky dh bising2 dh sebab jawapan dia betul.. "ok try apa tulis kat baju adi plak" apai suruh bung taip.

petition: "peter please answer:"
question: "what word on adi's shirt?"

jawapan dia " hooras".

"argghhh!! apa niii!!!" aku jerit. apai dh lompat2 tak percaya.. keadaan dalam bilik apai kecoh seketika.. merenang bulu roma!!!

"ok2!! try lain plak"

petition: "peter please answer"
question: "what number on apai's short?"

jawapan dia "90"

woooo!!! apai pakai sluar pendek nike 90. damn menatang apakah ini..

yang menghairankan, bila orang lain yg taip, jawapan tak keluar.. mat bung sorang ja yg boleh taip.
selepas beberapa perbincangan, kami mendapati menda ni macam spirit..bermakna,,, menda tu ada bersama kami kat dlm bilik ni.. "jom try lagi!". aku ambil 80 kupang dari meja apai..

petition: "peter please answer"
question: "how much money on adi's hand"
answer: " 90 cent "

eh.. dia silap sikit kali ni.. mungkin dia tak kenai sekupang.. haha.. kitorang meneruskan kehairanan sambil ketawa,, (sebenarnya tgh cuak...) aku dgn apai duduk atas katil sambil apai berbaring.

petition: peter please answer
question: what is apai doing?
answer: laying

wargghh!! apai terus melompat dari katil... hahaha! sila menda ni., syaitan.. main dgn roh..

petition: peter please answer
question: who is apai girlfriend?
answer: be patient

owh.. menda ni tak boleh tgk menda mcm tu.. hhaha.. tak bolrh la nak suruh tgk jawapan exam k.. haha!

petition: peter please answer
question: what brand of adi laptop
answer: asus

"shit man!! menda kat bilik aku pun dia tau ka.."

kami dah letih dah.. aman yg tak tido dari semalam pn dh toya.. dia landing atas katil apai sambil pejam mata.

petition: peter please answer
question: what is happening now?
answer: aman is sleeping

kami menjerit arrhgghhh!! aman dia tau ang tidoq wei!. aman yg dah toya tu terus melompat berdiri.. haha.. gila.. dah wei jgn main.. suruh dia balik.

petition: peter please answer
question: can u go home?
answer: yes

ampa nak try?? tapi menda ni ampa jgn la buat petunjuk ka ilham ka.. kami try menda ni pun suka2.. tolong jgn percaya dgn menda ni.. tolong jgn buat menda ni sahabat ampa. boleh jatuh bersekutu dgn syaitan plak.. huhu.. kami ada sorang kawan yg agak tinggi ilmu, so.. kami selamat la sikit. kalo ampa tadak reference atau org yg arif pasal ghaib ni, dinasihatkan jangan cuba.. kesian.

Sunday, May 31, 2009

Setelah sebulan aku praktikal

Pejam-celik, angkat tangan-turun tangan, kembang hidung-kuncup hidung, dah nak sebulan dah aku kat sana.. hmmm..
Macam-macam gak yang aku pelajari sepanjang sebulan ni.. aku dah boleh nampak masalah-masalah yang timbul, aku jumpa macam-macam karenah orang.. pening kepala bila bekerja melibatkan ramai pihak ni.. masing-masing tak akan mengalah sebab kepentingan sendiri.. dunia-dunia..
Walau apa pun, kerja tetap kena jalan jugak.. setakat ni projek ni dah siap 34%. Agak slow sikit sebab ada hard rock kat bukit yang perlu diletupkan(blasting). Tapi pihak polis belum meluluskan lagi pengeboman..
Kat bawah ni ada la gambar skit untuk dikongsi.

'roadside drainage with cascading' yang baru disiapkan oleh bangla-bangla longkang.


slope cutting yang lawa bak bunting padi.. intercepter drainage pun dah siap..


menuju ke sorga..


slope cut yang cantik.. respek sama operator excavator!


28hb mei lepas, aku turut sama menghadiri mesyuarat tapak kali ke 5 bertempat di pejabat JKR daerah Padang Batang, Perak. Mesyuarat bermula pada pukul 11 pagi di pengerusikan oleh Jurutera Daerah (JD). Turut sama hadir adalah orang-orang penting JKR, bos Azam Teknik, consultant, surveyor yang dilantik JKR, dan wakil TNB.

Project Engineer, En Husni, yang merupakan penyelia aku sepanjang praktikal ni, memulakan pembentangan laporan kerja. Slide presentation tersebut disediakan oleh beliau sendiri, turut dibantu oleh aku terutama dalam menyusun ayat dalam bahasa inggeris.
Sebenarnya memang aku yang buat slide tu.. di akhir pembentangan juga disediakan satu video klip yang menunjukkan suasana di site, kerja-kerja potong bukit, gerudi batu, pasang PVD juga di tunjukkan. untuk pengetahuan, Aku juga lah yang bertukus-lumus mengedit video tersebut sehingga stayback di office sehingga pukul 12 tengah malam. gila.. berikut adalah sedikit gambar, tapi gambar ni time meeting dah habis.. sebab aku tak berani snap gambar time meeting.. haha..

pertelingkahan yang berlaku sebaik bos Azam Teknik balik. consultant membambu kontraktor.. konon dia saja yang betul.


keadaan semakin panas walaupun aircond sejuk gila babi.. aku dah hampir menumbuk seseorang tetapi sempat ditenteramkan.

ini pula time consultant melawat site



Okeh. Kali ni aku nak perkenalkan beberapa staff di site office. Tak semua aku dapat ambik gambar, ni pun curi-curi snap. Kalau lepa tau, mau kena belasah aku..

Kak Juliana yang sempoi. Tak dapat hidup tanpa muzik. telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya pada bulan lepas dan kenduri sebelah perempuan pula pada 6 jun ni. selamat pengantin baru kak ju! melepas aku...


nilah En. Husni a.k.a Mat Cenik. Muda lagi ni. Graduat UTM. Muka tengah runsing banyak masalah kerja.

ni plak orang pangge Apeng. Dia ni sebagai lab technician. tapi dia banyak tolong surveyor buat drawing. dia ni la remaja PENUH.. konon.


ni Abg Naset @ Nasiaq. Surveyor yang cool. Bijak mengeluarkan ayat-ayat yang kena batang hidung orang. haha..

Itu sajalah kisah praktikal aku kali ni.. Next time aku balik aku cerita lagi.. haha.. chow..

Friday, December 26, 2008

jadi hantooo..

Tutup laptop adik aku pun pukul 3 pagi.. guling2 atas katil.. tengok jam kat dinding bilik aku dah pukul 3.30.. mata terkebil-kebil lagi.. ish! sok kena bangun awal lagi.. aduh! 3 ari stret xleh tdo balik lepas subuh time cuti ni adalah satu penyiksaan.. untuk kekal ceras, kita tidak boleh tido selepas subuh, tapi selepas sarapan pagi tidak apa..(kata jejakacak minggu ini). sebab apa kena bangun awal? tunggu la aku nak crita nih.. ish! beberapa minit lepas tu terlelap la aku..

"Abang bangun subuh! bangun lekaih!" mak aku kejut.. time tu pukul 6.30 pagi.. aku pun bangun la berjalan celepete-celepete sambil mengeliat pergi bilik air untuk amik wuduk.. abih ja solat, bum! tido balik laa.. haha!

"Abang bangun mandi! gulai ikan! gulai ikan!" aduhh.. suara mak aku lagi.. jam pukul 8 pagi, hujan renyai plak tu.. pergh! dugaan siot nak bangun.. tapi aku kena lawan jugak.. gulai ikan punya pasai.. huhu..

Lebih kurang 20 minit, kami pun sampai la ke destinasi iaitu sebuah warung yang terkemuka kat kuala kedah.. orang panggil kedai nasik gulai ikan kuala kedah.. yang specialnya warung ni, orang pi makan nasik pagi2 ja.. tengah hari xdak.. around pukul 10.30 lauk confirm abih! tak caya?? mampuih pi kat ampa xmau caya..

Orang dah ramai dah time tu.. mak aku terus pi chup tempat manakala pakteh aku terus pergi stret kat dapur, ready siap dgn pinggan kat tangan untuk minta makcik yang incharge kat dapur tu masukkan gulai ikan temenung.. aku terus ke area lauk pauk mengikut arahan pakteh aku untuk ambil sambal sotong.. kat warung ni memang kena layan diri sebab diorg tak sempat nak amik oder..

Selepas doa dibaca, para pemakan terus mengerjakan hal masing-masing.. antara lauk yang disajikan ialah gulai ikan temenung(18 ekor), ikan keli(2 ekor), ikan sebelah(2 ekor),sambal sotong(berekor-ekor), telur dadar, sayur taugeh, ulam-ulaman, sambal belacan.. simple ja kan?? tapi orang sanggup bangun awal2, datang jauh2 semata-mata nak mentekedaghah(makan) kat sini.. pelik-pelik la orang kedah.. haha!

First round
Aku belasah abih sepinggan nasik dengan 2 ekor ikan temenung.. dengan pantas aku bangun pergi kat brader yang incharge bubuh nasik.. "bang nasik 2 pinggan". bagai masuk hantu, sepinggan nasik aku tambah dalam pinggan aku, sepinggan lagi aku sua( hulur )kat adik aku..

Second round
Ku ceduk lagi gulai ikan bagi banjir dalam pinggan aku.. adik aku yang kecik skali tu pun sama naik jugak.. dia tidak mengalah lalu menambah jugak nasik.. budak tu kat umah cukup malas makan.. pagi ni bukan main lagi..

Third round
Tamatnya 2nd round, aku tengok dalam gulai ada lagi 2 ekoq ikan.. aku pancing dengan menanya, "ni sapa nak lagi ni??" " mama nak 1.." jawab mak aku.. "satu bagi kat mak hang, 1 lagi belasah kat hang.." ayat ini keluar dari mulut pakteh aku.. yaaa.. tanpa perlu berkata apa aku terus membelasah ikan yang ke 4 masuk ke dalam pinggan aku.. hahaha.. adik aku seperti faham lalu menghulurkan pinggan nasik tambah.. ya allah! apa ni?? rezeki ni jangan di tolak! lalu ku sambut dengan mesra.. hehe.. makteh aku dah give up tersandar sambil angkat bendera putih.. dalam hati aku berkata.. "habih la aku.. ni yang takut cuti ni.. confirm jadi hantu punya.."

Setelah selesai bayaran yang dikatakan murah oleh pakteh aku.. kami pun beredar dengan semuanya melakarkan wajah kepuasan..





*ini merupakan kali kedua aku pergi ke warung gulai ikan untuk cuti kali ni.. sebelumnya aku pergi bersama-sama rakan..
*kepada alan.. jangan jeles!
hehe..