Berlima.. Ismail, Shafiq, Aman, Neo dan aku meluncur laju didalam Satria 1.3 berplat WHT9955 meninggalkan Ahmad Amirul (ciky) yang bertindak untuk tidak menyertai kami demi komitmen.. begitu juga Mokhairulamri (mokh) yang mencurahkan komitmen kepada kolej yang permai iaitu Kolej Tun hussein Onn dimana kami semua bermastautin.
8.10 malam
Misi pertama kami adalah untuk mengisi perut yang berkeroncong dahulu.. tempat yang di tuju ialah Restoran Mana Lagi ( tiada gambar kerana tidak mendapat kelulusan memaparkannya) nasi lemak ayam istimewa. Letaknya di Taman Perling hanya ratusan meter dari ruma Yana..
Kejadian di sana terpaksa dirahsiakan kerana mengandungi unsur-unsur ganas yang melampau..
9.30 malam
tempat : danga bay
Premis : suara Ok!
aktiviti : berkaraoke la!
aktiviti : berkaraoke la!
Karaoke bermula.. keadaan berjalan lancar selancar suara kami.. haha..
.jpg)
mengecap bahagia
10.30 malam
Kepuasan jelas terpancar di wajah Neo.. tetapi tidak bagi Aman kerana dia masih belum habis gian.. entah berapa puluh lagu dia nak nyanyi baru puas kot! kami keluar dari premis itu dan berjalan-jalan di sekitaran kerana hari masih muda.. kami melalui sebuah kedai haiwan yang tidak seberapa besar dan berhenti seketika untuk melihat-lihat.. aku tertarik dengan seekor kura-kura yang warnanya agak cantik lalu menunjukkan kepada shafiq dan diikuti rakan-rakan yang lain.. kura-kura tersebut sedang memanjat bekas air yang disediakan dalam sangkarnya membuatkan kami tertawa kerana kakinya yang pendek dan cengkerangnya yang besar menyukarkannya.. tiba-tiba, " eh dia tersangkut la wei!" ujar shafiq.. "eh! eh!".. "tak la.. dia selamat..". kura-kura tersebut mengesotkan badannya dan menarik-narik badannya dengan perlahan untuk memasuki bekas tersebut.. beliau seolah-olah bangga setelah menyedari kami sedang memerhatikannya.. dengan gaya cool dan wajah kereknya mengesot-ngesot.. sedang kami asyik memerhati gelagatnya tiba-tiba beliau terjatuh ke dalam bekas tersebut dengan kaki belakang masih di atas tetapi mukanya telah tenggelam air.. " eh! dia lemas!" aku menjerit.. dalam kekecohan, kami menjadi panik kerana kura-kura yang tadinya cool tiba-tiba meronta-ronta seakan-akan kelemasan. "tolong! argh! tolong!" mungkin itu yang cuba di katakan olehnya.. " sapa-sapa tolong dia wei! lemas!" aku menjerit lagi.. mahu saja neo meluru ke dalam kedai untuk memaklumkan kejadian.. tetapi kami bertindak melarikan diri kerana bimbang dan tidak sanggup melihat kejadian itu lagi.. "apa jadi kat kura tu ha?" soalan dari aman yang susah hati.. "aku tak sanggup nak tengok.. kesian dia.. tapi awat kita tak tolong dia wei?" aku menyampuk.. tiada siapa pon menjawab.. kami pun beredar ke tempat lain dan melupakan seketika kejadian itu...jpg)
Encik kura dalam bahaya..
Dalam perjalanan kembali ke kereta yang terletak agak jauh, aku bersuara.. " jom tengok kura-kura tadi! apa jadi kat dia.." kata-kataku mengingatkan yang lain akan kejadian kura yang lemas.. Shafiq ketawa kerana lucu apabila mengingati keadaan panik tadi.. " aku dah nak bagi tawu tokey kedai dah tadi.." kata Neo menyebabkan kami terus ketawa.. "aku cuak tadi tengok dia terkapai-kapai.." kataku sambil ketawa.. ini kerana walaupun panik, tapi keadaan spontan itu sangat melucukan.. kami meluru ke kedai haiwan tadi..
.jpg)
Encik kura yang terselamat
.jpg)
landak yang dikatakan kueh..
11.10 malam
Ketika pulang syafiq mencadangkan supaya semua membeli seekor hamster dan bela.. boleh jadi bahan ketawa time boring-boring macam tadi.. banyak la! mesti bilik aku jadi mangsa!
Dalam perjalanan, kami ke seven eleven untuk membeli Slurpee.. faham-faham la apa yang berlaku dalam 7E tu.. mestilah kekecohan juga yang berlaku.. aduhai.. seronoknya malam ini!
.jpg)
siapa punya angkara..
p/s : ntah apa-apa.. g mana pun kecoh.. ni blom ada apai ni.. mat kacau.. haha.