Friday, December 26, 2008

jadi hantooo..

Tutup laptop adik aku pun pukul 3 pagi.. guling2 atas katil.. tengok jam kat dinding bilik aku dah pukul 3.30.. mata terkebil-kebil lagi.. ish! sok kena bangun awal lagi.. aduh! 3 ari stret xleh tdo balik lepas subuh time cuti ni adalah satu penyiksaan.. untuk kekal ceras, kita tidak boleh tido selepas subuh, tapi selepas sarapan pagi tidak apa..(kata jejakacak minggu ini). sebab apa kena bangun awal? tunggu la aku nak crita nih.. ish! beberapa minit lepas tu terlelap la aku..

"Abang bangun subuh! bangun lekaih!" mak aku kejut.. time tu pukul 6.30 pagi.. aku pun bangun la berjalan celepete-celepete sambil mengeliat pergi bilik air untuk amik wuduk.. abih ja solat, bum! tido balik laa.. haha!

"Abang bangun mandi! gulai ikan! gulai ikan!" aduhh.. suara mak aku lagi.. jam pukul 8 pagi, hujan renyai plak tu.. pergh! dugaan siot nak bangun.. tapi aku kena lawan jugak.. gulai ikan punya pasai.. huhu..

Lebih kurang 20 minit, kami pun sampai la ke destinasi iaitu sebuah warung yang terkemuka kat kuala kedah.. orang panggil kedai nasik gulai ikan kuala kedah.. yang specialnya warung ni, orang pi makan nasik pagi2 ja.. tengah hari xdak.. around pukul 10.30 lauk confirm abih! tak caya?? mampuih pi kat ampa xmau caya..

Orang dah ramai dah time tu.. mak aku terus pi chup tempat manakala pakteh aku terus pergi stret kat dapur, ready siap dgn pinggan kat tangan untuk minta makcik yang incharge kat dapur tu masukkan gulai ikan temenung.. aku terus ke area lauk pauk mengikut arahan pakteh aku untuk ambil sambal sotong.. kat warung ni memang kena layan diri sebab diorg tak sempat nak amik oder..

Selepas doa dibaca, para pemakan terus mengerjakan hal masing-masing.. antara lauk yang disajikan ialah gulai ikan temenung(18 ekor), ikan keli(2 ekor), ikan sebelah(2 ekor),sambal sotong(berekor-ekor), telur dadar, sayur taugeh, ulam-ulaman, sambal belacan.. simple ja kan?? tapi orang sanggup bangun awal2, datang jauh2 semata-mata nak mentekedaghah(makan) kat sini.. pelik-pelik la orang kedah.. haha!

First round
Aku belasah abih sepinggan nasik dengan 2 ekor ikan temenung.. dengan pantas aku bangun pergi kat brader yang incharge bubuh nasik.. "bang nasik 2 pinggan". bagai masuk hantu, sepinggan nasik aku tambah dalam pinggan aku, sepinggan lagi aku sua( hulur )kat adik aku..

Second round
Ku ceduk lagi gulai ikan bagi banjir dalam pinggan aku.. adik aku yang kecik skali tu pun sama naik jugak.. dia tidak mengalah lalu menambah jugak nasik.. budak tu kat umah cukup malas makan.. pagi ni bukan main lagi..

Third round
Tamatnya 2nd round, aku tengok dalam gulai ada lagi 2 ekoq ikan.. aku pancing dengan menanya, "ni sapa nak lagi ni??" " mama nak 1.." jawab mak aku.. "satu bagi kat mak hang, 1 lagi belasah kat hang.." ayat ini keluar dari mulut pakteh aku.. yaaa.. tanpa perlu berkata apa aku terus membelasah ikan yang ke 4 masuk ke dalam pinggan aku.. hahaha.. adik aku seperti faham lalu menghulurkan pinggan nasik tambah.. ya allah! apa ni?? rezeki ni jangan di tolak! lalu ku sambut dengan mesra.. hehe.. makteh aku dah give up tersandar sambil angkat bendera putih.. dalam hati aku berkata.. "habih la aku.. ni yang takut cuti ni.. confirm jadi hantu punya.."

Setelah selesai bayaran yang dikatakan murah oleh pakteh aku.. kami pun beredar dengan semuanya melakarkan wajah kepuasan..





*ini merupakan kali kedua aku pergi ke warung gulai ikan untuk cuti kali ni.. sebelumnya aku pergi bersama-sama rakan..
*kepada alan.. jangan jeles!
hehe..

9 comments:

AnneAnne said...

jijot!!
nanti yana nak g kedah bwk yana jalan2 ngan kwn-kwn hantu adi eh.
boleh yana ikut korg makan puas2!

baskettoman_sg said...

wakaka! olrite!

jalanan manusia said...

WOI!!!!!!!!!!!!!!


AKU JELES!!!!!

ARAM BTOI CAMNI....

ARRGGHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!

TAHAN LA WEH

Zarpeno said...

noh alan..esok jum p gulai pa..hahaha

jalanan manusia said...

ni smua mengundang keMARAHan neh
hahahaha

jom2..
ak sampai esok pagi depan umah hg...

AnneAnne said...

Hantu makan sekalian..
sila kurangkan makan.
;p

sabrosa said...

blah la alan...balik umah dok umah..pastu dok buah jelez xbley mkn..nohram..hahahhah

Nelly said...

gulaiiii.. sodapppp~ ngeee.. hahaha..

Unknown said...

ni bkn hantu dh adi oi.

ni dh tahap jembalang tanah dah.

hahaha...