Wednesday, December 31, 2008

Kekacauan Di Teluk Danga



Berlima.. Ismail, Shafiq, Aman, Neo dan aku meluncur laju didalam Satria 1.3 berplat WHT9955 meninggalkan Ahmad Amirul (ciky) yang bertindak untuk tidak menyertai kami demi komitmen.. begitu juga Mokhairulamri (mokh) yang mencurahkan komitmen kepada kolej yang permai iaitu Kolej Tun hussein Onn dimana kami semua bermastautin.

8.10 malam
Misi pertama kami adalah untuk mengisi perut yang berkeroncong dahulu.. tempat yang di tuju ialah Restoran Mana Lagi ( tiada gambar kerana tidak mendapat kelulusan memaparkannya) nasi lemak ayam istimewa. Letaknya di Taman Perling hanya ratusan meter dari ruma Yana..

Kejadian di sana terpaksa dirahsiakan kerana mengandungi unsur-unsur ganas yang melampau..


9.30 malam

tempat : danga bay
Premis : suara Ok!
aktiviti : berkaraoke la!

Karaoke bermula.. keadaan berjalan lancar selancar suara kami.. haha..


mengecap bahagia

10.30 malam

Kepuasan jelas terpancar di wajah Neo.. tetapi tidak bagi Aman kerana dia masih belum habis gian.. entah berapa puluh lagu dia nak nyanyi baru puas kot! kami keluar dari premis itu dan berjalan-jalan di sekitaran kerana hari masih muda.. kami melalui sebuah kedai haiwan yang tidak seberapa besar dan berhenti seketika untuk melihat-lihat.. aku tertarik dengan seekor kura-kura yang warnanya agak cantik lalu menunjukkan kepada shafiq dan diikuti rakan-rakan yang lain.. kura-kura tersebut sedang memanjat bekas air yang disediakan dalam sangkarnya membuatkan kami tertawa kerana kakinya yang pendek dan cengkerangnya yang besar menyukarkannya.. tiba-tiba, " eh dia tersangkut la wei!" ujar shafiq.. "eh! eh!".. "tak la.. dia selamat..". kura-kura tersebut mengesotkan badannya dan menarik-narik badannya dengan perlahan untuk memasuki bekas tersebut.. beliau seolah-olah bangga setelah menyedari kami sedang memerhatikannya.. dengan gaya cool dan wajah kereknya mengesot-ngesot.. sedang kami asyik memerhati gelagatnya tiba-tiba beliau terjatuh ke dalam bekas tersebut dengan kaki belakang masih di atas tetapi mukanya telah tenggelam air.. " eh! dia lemas!" aku menjerit.. dalam kekecohan, kami menjadi panik kerana kura-kura yang tadinya cool tiba-tiba meronta-ronta seakan-akan kelemasan. "tolong! argh! tolong!" mungkin itu yang cuba di katakan olehnya.. " sapa-sapa tolong dia wei! lemas!" aku menjerit lagi.. mahu saja neo meluru ke dalam kedai untuk memaklumkan kejadian.. tetapi kami bertindak melarikan diri kerana bimbang dan tidak sanggup melihat kejadian itu lagi.. "apa jadi kat kura tu ha?" soalan dari aman yang susah hati.. "aku tak sanggup nak tengok.. kesian dia.. tapi awat kita tak tolong dia wei?" aku menyampuk.. tiada siapa pon menjawab.. kami pun beredar ke tempat lain dan melupakan seketika kejadian itu..

Encik kura dalam bahaya..




Kami bergerak ke tapak uptown untuk melihat-lihat.. agak boring kerana tiada yang menarik.. Aman tercari-cari kalau ada yang menjual daun terup namun hampa.. tiba-tiba Ismail bersuara, " dolphin! dolphin terbang!!" sambil menunjuk ke langin.. kelihatan sebiji belon berbentuk dolphin mula terbang menjarakkan diri daripada belon-belon yang lain.. "dophin terlepas! terbang!" ujar Neo sambil ketawa.. yang lain turut ketawa.. tokey gerai belon tersebut hanya memerhatikan kami degan muka tidak puas hati.. " Cane boleh terbang aa??" tanya aman.. semua memandangnya sambil ketawa lalu kami pun beredar..




Dalam perjalanan kembali ke kereta yang terletak agak jauh, aku bersuara.. " jom tengok kura-kura tadi! apa jadi kat dia.." kata-kataku mengingatkan yang lain akan kejadian kura yang lemas.. Shafiq ketawa kerana lucu apabila mengingati keadaan panik tadi.. " aku dah nak bagi tawu tokey kedai dah tadi.." kata Neo menyebabkan kami terus ketawa.. "aku cuak tadi tengok dia terkapai-kapai.." kataku sambil ketawa.. ini kerana walaupun panik, tapi keadaan spontan itu sangat melucukan.. kami meluru ke kedai haiwan tadi..


Encik kura yang terselamat



Encik kura-kura!! yey! dia selamat! fuh! lega terasa.. hehe.. itulah yang terpancar dari wajah kami.. Aman dan asyik melihat di akuarium sebelah manakala aku dan yang lain sedang melihat encik kura.. aku terlihat akan sesuatu di cermin sebelah kura-kura.. bentuknya seakan bola tapi kembang kempis bernyawa.. " tu apa? macam kueh ja.." kata ismail menyebabkan aku ketawa.. ianya seekor landak yang dikatakan kueh oleh ismail.. kami beralih ke akuarium sebelah.. kelihatan belasan ekor hamster kecik comel-comel didalamnya.. ini yang diperhatikan oleh Aman sejak tadi.. " eh ni apehal ni?" aman menunjukkan kearah hamster yang berlari kehulu ke hilir.. sungguh hiperaktif menatang ni.. " yang blakang tu tengah wrestling!" aku berkata sambil ketawa.. "yang tu plak tengah buat fitness!" kelihatan seekor hamster hitam sedang berusaha berlari di dalam roda sambil di ganggu 2 ekor hamster kecil putih yang juga mahu bersenam.. mereka bertolak-tolakan sampai bergolek-golek.. kami asyik tertawa melihat gelagat mereka.. seekor antara mereka giveup lalu beredar.. tetapi tidak bagi seekor lagi yang masih berusaha memanjat roda tersebut bersaing dengan si hitam untuk bersenam.. comel betul la! haha.. riuh-rendah dengan hilai tawa kami menyebabkan keadaan di hadapan kedai itu kecoh.. " dah2! jom balik! duk buat kacau plak kat sini.. haha."


landak yang dikatakan kueh..





11.10 malam

Ketika pulang syafiq mencadangkan supaya semua membeli seekor hamster dan bela.. boleh jadi bahan ketawa time boring-boring macam tadi.. banyak la! mesti bilik aku jadi mangsa!


Dalam perjalanan, kami ke seven eleven untuk membeli Slurpee.. faham-faham la apa yang berlaku dalam 7E tu.. mestilah kekecohan juga yang berlaku.. aduhai.. seronoknya malam ini!

siapa punya angkara..

p/s : ntah apa-apa.. g mana pun kecoh.. ni blom ada apai ni.. mat kacau.. haha.

5 comments:

Nelly said...

siann kat incik kura2.. hahaha..

baskettoman_sg said...

Nelly:
mmg kesian beb.. abg cuak gila bla dia lemas tu..

sabrosa said...

memang dilahirkan utk membuat kacau..ke mana sja pasti akan ada kacau yg dibuat...hahahhah

AnneAnne said...

korg kuar tak ajak seh.
pergh..
g danga lak tu.
lain kali sila bawa gadis single yg comel ini.
;p

dah la promote umah yana.
lain kali singgah a rumah hanta mknn oii..

baskettoman_sg said...

to yana: wakaka.. yana dah byk makan!