Wednesday, January 07, 2009

Pagi yang Hening

"Bangun woi! gi tempah court!!" suara aman mengejutku dari tidur.. jam pukul 8.00. padahal kelas aku hari ni start pukul 9. Aman dapat masuk bilik aku yang kemas itu dengan kemudahan kunci yang dipinjam dari ciky, roommate ku..

Pagi ni aku bersemangat nak gi tempah court badminton sebab kemarin dah cukup rehat. Bertiga, Ciky, Neo dan aku pun pi tempah court.. Lepas tu kami gi breakfast..

Dalam kereta aku mendengar berita di radio sinar yang menjadi kegemaran aku sejak akhir-akhir ini.. berita berbunyi begini, "pasukan Negeri Sembilan telah mengejutkan Kedah dengan 3-0 malam semalam di Paroi" kata juruhebah itu dengan suara yang mendatar.. CIS!! kalah lagi! apa jadi dengan pasukan feveret aku nih??? kena jampikah? kena suapkah? suap apakah? tension btol..

Pukul 8.55 kami meninggalkan Neo di Arked Cengal kerana kami hendak ke kelas sedangkan kelas Neo start pukul 11. Dan sekarang ni aku berada di dalam kelas. masing-masing terus meluru untuk mengambil pc masing-masing. Ramai yang memandai-mandai meng'on'kan komputer tanpa arahan. Lecturer pun belum masuk. Kelihatan beberapa classmateku mencuba-cuba VB atau visual basic yang merupakan subjek yang sepatutnya kami pelajari hari ini.. buat kepala saja tu kot.. wahaha.. konon advanced. Ciky sedang melayari internet dengan selamba membuatkan aku turut menurutinya.. "wei balik lecturer tak datang!" suara seorang classmateku.. Oleh sebab malas nak balik, aku pun terus on blog ni dan menulis sehingga sekarang.. hehehe.. sekian.


p/s : apa jadi dengan hijau kuning ni?? aduh!

3 comments:

sabrosa said...

rilex la bai...baru 2 game..jangan melatah..hahha

AnneAnne said...

hahaha.
ikut eh bola msia?
;p

jijot kesian, kat bilik tak ley o9.
;p

baskettoman_sg said...

to sabrosa: aku mengharap game ke3 lawan johor fc nnt kedah comeback.

to diana: ala yana boleh balik main tenet kat umah.. tak aci.