Aduhai... terlalu sibuk la last few weeks.. dengan test berturut-turut.. diikuti plak dengan assignment yang berlambak.. sampai aku stress.. ada antara kawan-kawan aku yang perasan akan ke stressan aku ni.. hehe.. cuba bayangkan, subjek steel design yang aku amik sem ni sepatutnya test ari khamis pagi. pukul LAPAN PAGI plak tu.. dah la hari rabu ada 2 lagi test.. subjek kontrak dan programming.. tapi atas pujuk rayu dan beribu alasan dari rakan-rakan sekelas aku, lecturer steel kami setuju untuk mengposponekan test tu satu hari walaupun ternyata beliau berat hati kerana risau terlalu memanjakan kami.. lega!!
Dengan dateline hantar assignment steel yang aku haram tak reti nak buat meneruskan usaha untuk mengstressskan aku.. orang lain dapat soalan mudah-mudah.. tapi aku dapat soalan yang berkaitan dengan bab aku blom belajar lagi.. soalan yang susah plak tu! aku merantau semalaman mencari kalau-kalau ada cikgu yang nak tolong ajar aku.. akhirnya 3 jam berlalu dan aku hanya mampu merenung soalan tu sampai la aku tension.. pastu aku pon tido..
Esoknya iaitu pada hari khamis tu, aku gi terus terang dengan 'kapten' kelas aku, Lee yi khai, tukang buat sibuk dalam kelas aku merangkap pengutip assignment steel.. aku straight to the point kat dia yang aku tak reti buat sambil menunjukkan kertas yang hanya aku salin soalannya.. dia dengan selamba kata "oo.. yang ni belom blaja, takyah buat la.. u tukar soalan lain.." wajah aku yang dari semalam kedut macam cabai kering bertukar jadi sengih sampai telinga.. maknanya, aku xtakyah buat laa sebab setiap soalan hantar satu ja.. yeah!! selesai! so petang dan malam tu aku bertukus lumus mentelaah subjek steel di bawah bimbingan cikgu Aryanti dan tutor Echa sampai la tengah malam..
Sunday, February 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
woih cikgu aryanti hat klantan tu ka
haa.. dia la tu..
Post a Comment