Saturday, March 07, 2009

dotA melalaikan??

"Yeah...". Suara yang cukup familiar kat bilik aku sebagai tanda munculnya hantu-hantu permainan komputer yang cukup top di Garena, sebuah online game server yang termasyur di malaysia. "jom seraun(round)" merupakan kata-kata hasutan yang sering digunakan oleh hantu-hantu ini untuk menyeru hantu lain yang berserongkol dengannya untuk bermain dotA.

DotA ni gila tak gila, boleh buat orang tak ingat dunia, awek pun di tolak tepi.. apatah lagi orang yang memanggil kat tepi-tepi.. takkan dilayan langsung. kalau layan pun, endah tak endah ja.. silap-silap akan di pukul teruk jika kita menyebabkan hero mereka mati.

Biasanya hantu-hantu ni tak kira masa. Asalkan ada masa terluang dan laptop @ pc yang free, dotA ini wajib dimainkan. Primetimenya plak bermula pukul 10 atau 11 malam, mereka akan tamat sekitar pukul 6 atau 7 pagi. Bilik aku lah sarangnya. Kena plak aku takleh main malam tu sebab esok nak bangun awal, susah la aku. Aku plak species susah tidur dalam keadaan bising. Terpaksalah aku berhijrah ke tempat lain seperti di dalam kereta, di balkoni ataupun di belakang-belakang bangunan untuk tidur..



hantu-hantu sedang buzy berdotA..

Akan tetapi, ada beberapa kelebihan bermain dotA ni.. pertamanya menjana pemikiran nak kreatif la macam game-game yang lain. Yang keduanya boleh mengelakkan dari terlepas subuh. Kalau kita tidur dalam pukul 3 hingga 4 sebab tengok movie, kemungkinan besar untuk terlap subuh tu tinggi.. btol tak?? tapi.. dotA ni plak takkan dihentikan sehingga lah ke subuh.. para pemainnya akan secara automatik dapat solat subuh sebelum tidur..

Masuk semester ni dah 3 tahun kawan-kawan aku terjerumus dalam arena dotA ni.. tapi game ni tak pernah pupus, hilang dari hati dan jiwa mereka pun.. sehingga waktu makan, waktu tidur, waktu bersukan mereka akan berbicara tentang dotA. Dalam kereta, dalam kelas, dalam jamban, mereka tetap berbicara tentang dotA. Dari semasa ke semasa posmotem akan dibincangkan..

Sebagai kesimpulan, aku dapat merasakan menda dotA ni dapat terus hidup selama 4 atau 5 tahun lagi. Sebuah permainan yang tak lokek dek peredaran zaman. sekian..

hidup dotA!!! Damn~

4 comments:

sabrosa said...

Dunia ini semua...patut dihapuskan segera sebelum merebak ke anak cucu nati...hapuskan dota!!!!!!!!!!!!!!!

Zarpeno said...

nampaknya dota mendatangkan keburukan...kesan dan akibat ini haruslah disedari oleh kita.Namun kita tidak boleh memandang secara stereotip kerana dota juga memberi kesan yang baik kepada pemain-pemainnya..

baskettoman_sg said...

komen yg cukup intelek. bgs2!! haha..

AnneAnne said...

hahaha.
dota mmg x best.
dah la menatang buruk & berunsur keganasan. apesal la lelaki suke sgt main kan.
pupuskan binatang buruk dota, main ragnarok comel!
(betul ke yana eje? ;p)