Sunday, May 31, 2009

Setelah sebulan aku praktikal

Pejam-celik, angkat tangan-turun tangan, kembang hidung-kuncup hidung, dah nak sebulan dah aku kat sana.. hmmm..
Macam-macam gak yang aku pelajari sepanjang sebulan ni.. aku dah boleh nampak masalah-masalah yang timbul, aku jumpa macam-macam karenah orang.. pening kepala bila bekerja melibatkan ramai pihak ni.. masing-masing tak akan mengalah sebab kepentingan sendiri.. dunia-dunia..
Walau apa pun, kerja tetap kena jalan jugak.. setakat ni projek ni dah siap 34%. Agak slow sikit sebab ada hard rock kat bukit yang perlu diletupkan(blasting). Tapi pihak polis belum meluluskan lagi pengeboman..
Kat bawah ni ada la gambar skit untuk dikongsi.

'roadside drainage with cascading' yang baru disiapkan oleh bangla-bangla longkang.


slope cutting yang lawa bak bunting padi.. intercepter drainage pun dah siap..


menuju ke sorga..


slope cut yang cantik.. respek sama operator excavator!


28hb mei lepas, aku turut sama menghadiri mesyuarat tapak kali ke 5 bertempat di pejabat JKR daerah Padang Batang, Perak. Mesyuarat bermula pada pukul 11 pagi di pengerusikan oleh Jurutera Daerah (JD). Turut sama hadir adalah orang-orang penting JKR, bos Azam Teknik, consultant, surveyor yang dilantik JKR, dan wakil TNB.

Project Engineer, En Husni, yang merupakan penyelia aku sepanjang praktikal ni, memulakan pembentangan laporan kerja. Slide presentation tersebut disediakan oleh beliau sendiri, turut dibantu oleh aku terutama dalam menyusun ayat dalam bahasa inggeris.
Sebenarnya memang aku yang buat slide tu.. di akhir pembentangan juga disediakan satu video klip yang menunjukkan suasana di site, kerja-kerja potong bukit, gerudi batu, pasang PVD juga di tunjukkan. untuk pengetahuan, Aku juga lah yang bertukus-lumus mengedit video tersebut sehingga stayback di office sehingga pukul 12 tengah malam. gila.. berikut adalah sedikit gambar, tapi gambar ni time meeting dah habis.. sebab aku tak berani snap gambar time meeting.. haha..

pertelingkahan yang berlaku sebaik bos Azam Teknik balik. consultant membambu kontraktor.. konon dia saja yang betul.


keadaan semakin panas walaupun aircond sejuk gila babi.. aku dah hampir menumbuk seseorang tetapi sempat ditenteramkan.

ini pula time consultant melawat site



Okeh. Kali ni aku nak perkenalkan beberapa staff di site office. Tak semua aku dapat ambik gambar, ni pun curi-curi snap. Kalau lepa tau, mau kena belasah aku..

Kak Juliana yang sempoi. Tak dapat hidup tanpa muzik. telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya pada bulan lepas dan kenduri sebelah perempuan pula pada 6 jun ni. selamat pengantin baru kak ju! melepas aku...


nilah En. Husni a.k.a Mat Cenik. Muda lagi ni. Graduat UTM. Muka tengah runsing banyak masalah kerja.

ni plak orang pangge Apeng. Dia ni sebagai lab technician. tapi dia banyak tolong surveyor buat drawing. dia ni la remaja PENUH.. konon.


ni Abg Naset @ Nasiaq. Surveyor yang cool. Bijak mengeluarkan ayat-ayat yang kena batang hidung orang. haha..

Itu sajalah kisah praktikal aku kali ni.. Next time aku balik aku cerita lagi.. haha.. chow..

Pengumuman

Aku ahli kelab semula!!!

Remaja Kosong

"zul, hang isap rokok dak?"
"dak.."
"ish! hang mengaji u mcm mana boleh tak isap rokok"
...aku ghenyeh ja...

"zul, hang ada marka dak?"
"marka? hmmm.. ada... kot.."
"marka tak marah ka hang tak hisap rokok?"
..aku ghenyeh lagi..

"ada marka dak?"
"tak dak.."
"hang tak dak marka, tak isap rokok.. memang remaja kosong la hang ni"
..aku kerut dahi..

"semalam kami p mengai.. fuhh syok.."
"mengai ikan?"
" dak.. udang.. jom la esok malam.."
"saya tak reti mengai.."
" hang ni memang remaja kosong la.."
"dah takdak geng kaki mengai.."
"ni kami ni bukan kaki? semua menda hang tak buat.. tak fun la.."
"saya fun macam lain.. memang la saya tak mengai.. aku main muzik, main sukan.."
"hang main muzik apa? gitar? ada band?"
"ada.."
"hang main muzik, aku pun main muzik.. hang ada band aku pun ada band.."

mampuih la smua nak ikut hampa.. lain orang lain kpala bro! damn shit!

Sunday, May 17, 2009

setelah 2 minggu LI..


Seperti sedia maklum, aku dah decide untuk menjalankan praktikal aku kat Azam Teknik Sdn. Bhd. Seperti yang aku duga, memang aku berkawan dengan indon.. haha.. Projek yg sedang dibina ialah Projek Membina Jalan Baru dari Kuala Slim ke Felda Besout 1 Daerah Batang Padang, Perak. Jalan raya ini sejauh 11.6 km dan memakan kos sehingga 47 juta ringgit. ini projek class A beb! Kat bawah ni aku cerita la sikit menda-menda yang aku buat sepanjang hampir 2 minggu kat sana.

Hari pertama aku masuk head office kat alorstar ni.. duduk dua ari ja kat office tu.. pastu bos aku ajak gi site hari rabu pagi.. duhh! aku pun p la dengan dia ke slim river. ikuti la gambar-gambar yang sempat aku snap..


hari pertama di head office

inilah site office azam teknik kat felda besout. aku ingat kontena ja, rupanya company sewa quaters guru jadikan site office.


ni plak kat dalam site office. ada plan jalan melekat kat dinding.. sampai teliang kepala aku nak tengok lan tu..


ni view dari dalam 4wheel drive ketika aku memasuki site buat pertama kalinya.. jalan dia cukup berdebu, curam, licin, merbahaya dan extreme.



tengok ni.. liku-liku kehidupan yang aku tempuhi hari-hari



kira-kira 30 minit baru la sampai ke hujung jalan projek ni iaitu di kuala slim.

pada mulanya aku ingat aku hanya sebagai pelawat untuk memantau kawasan tu.. disitu akan berlangsung kerja-kerja pemasangan Prefabricated vertical drain (PVD). rupa-rupanya aku yang kena supervise kerja tu!

inilah kerja-kerja menjolok PVD ke dalam tanah. PVD dicucuk sedalam 7.5m mengikut design consultant. tujuannya? adalah untuk menyedut lemak-lemak dan air dari tanah yang banyak air untuk naik ke kawasan pasir. air itu kemudiannya disalurkan ke longkang di tepi- tepi. ini kerana sifat tanah yang lemah dengan kehadiran air. PVD ni ibarat straw la..

tugas aku? ialah men supervise indon-indon dan operator mesin ni supaya mereka menjalankan kerja dengan betul.



ini adalah view dari tempat aku berteduh, iaitu kereta kembara kepunyaan syarikat sub-con yang buat PVD ni. Aku buat macam kereta sendiri..


kelihatan indon-indon sedang tekun membuat kerja.

mesin bagak ni la untuk penetrate PVD tadi. saiznya tidaklah besar, hanya sebesar semut yang besar kereta kebal. tingginya kira-kira 14 m. beratnya pula 24 tan.
abang lori hantu memang cool.. lori yang paling ringan dalam sejarah lori..

kerja PVD diteruskan.. cuaca sangatlah sejuk dan memukau. sehinggakan aku telah menjadi negro.

Kerja PVD ni dijangka siap dalam masa 2 minggu lebih sikit.

kelihatan indon yang berani mati memanjat kren untuk memasang PVD.


ni saja la setakat ni.. next-next week aku balik, aku letak gambar yang menarik lagi untuk dikongsi bersama.. sekian



damn~