Sunday, May 31, 2009

Setelah sebulan aku praktikal

Pejam-celik, angkat tangan-turun tangan, kembang hidung-kuncup hidung, dah nak sebulan dah aku kat sana.. hmmm..
Macam-macam gak yang aku pelajari sepanjang sebulan ni.. aku dah boleh nampak masalah-masalah yang timbul, aku jumpa macam-macam karenah orang.. pening kepala bila bekerja melibatkan ramai pihak ni.. masing-masing tak akan mengalah sebab kepentingan sendiri.. dunia-dunia..
Walau apa pun, kerja tetap kena jalan jugak.. setakat ni projek ni dah siap 34%. Agak slow sikit sebab ada hard rock kat bukit yang perlu diletupkan(blasting). Tapi pihak polis belum meluluskan lagi pengeboman..
Kat bawah ni ada la gambar skit untuk dikongsi.

'roadside drainage with cascading' yang baru disiapkan oleh bangla-bangla longkang.


slope cutting yang lawa bak bunting padi.. intercepter drainage pun dah siap..


menuju ke sorga..


slope cut yang cantik.. respek sama operator excavator!


28hb mei lepas, aku turut sama menghadiri mesyuarat tapak kali ke 5 bertempat di pejabat JKR daerah Padang Batang, Perak. Mesyuarat bermula pada pukul 11 pagi di pengerusikan oleh Jurutera Daerah (JD). Turut sama hadir adalah orang-orang penting JKR, bos Azam Teknik, consultant, surveyor yang dilantik JKR, dan wakil TNB.

Project Engineer, En Husni, yang merupakan penyelia aku sepanjang praktikal ni, memulakan pembentangan laporan kerja. Slide presentation tersebut disediakan oleh beliau sendiri, turut dibantu oleh aku terutama dalam menyusun ayat dalam bahasa inggeris.
Sebenarnya memang aku yang buat slide tu.. di akhir pembentangan juga disediakan satu video klip yang menunjukkan suasana di site, kerja-kerja potong bukit, gerudi batu, pasang PVD juga di tunjukkan. untuk pengetahuan, Aku juga lah yang bertukus-lumus mengedit video tersebut sehingga stayback di office sehingga pukul 12 tengah malam. gila.. berikut adalah sedikit gambar, tapi gambar ni time meeting dah habis.. sebab aku tak berani snap gambar time meeting.. haha..

pertelingkahan yang berlaku sebaik bos Azam Teknik balik. consultant membambu kontraktor.. konon dia saja yang betul.


keadaan semakin panas walaupun aircond sejuk gila babi.. aku dah hampir menumbuk seseorang tetapi sempat ditenteramkan.

ini pula time consultant melawat site



Okeh. Kali ni aku nak perkenalkan beberapa staff di site office. Tak semua aku dapat ambik gambar, ni pun curi-curi snap. Kalau lepa tau, mau kena belasah aku..

Kak Juliana yang sempoi. Tak dapat hidup tanpa muzik. telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya pada bulan lepas dan kenduri sebelah perempuan pula pada 6 jun ni. selamat pengantin baru kak ju! melepas aku...


nilah En. Husni a.k.a Mat Cenik. Muda lagi ni. Graduat UTM. Muka tengah runsing banyak masalah kerja.

ni plak orang pangge Apeng. Dia ni sebagai lab technician. tapi dia banyak tolong surveyor buat drawing. dia ni la remaja PENUH.. konon.


ni Abg Naset @ Nasiaq. Surveyor yang cool. Bijak mengeluarkan ayat-ayat yang kena batang hidung orang. haha..

Itu sajalah kisah praktikal aku kali ni.. Next time aku balik aku cerita lagi.. haha.. chow..

1 comment:

sabrosa said...

tudiaaa...REMAJA PENUH..cukup mendalam..haha