Sunday, June 28, 2009

Sesiapa yang belum tengok cita ni, aku nasihatkan sila la tengok di mana-mana panggung wayang yang berdekatan. Sebab apa, cerita ni memang best! Aku bagi fullmark. 8 bintang.

Penceritaannya sangat baik, plot demi plot membuatkan hampir setiap orang dalam wayang ternga-nga. Kecuali sekiranya anda menonton midnight movie dalam keadaan keletihan (tolong tampaq kawan-kawan yang tidoq dalam wayang. Contohnya Mat Cenik).

Kali ni banyak scene yang kelakar, terutamanya di awal-awal cerita yang mana banyak decepticon kecik dalam rumah Sam(watak hero). Bumble bee keluar dari garaj kereta untuk tolong sam, bumble bee yang tidak boleh bercakap kerana kerosakan mengamuk macam kanak-kanak sambil membebel sebab dimarahi Sam.. hehe.. kesian bumble bee..

Autobots yang rata-ratanya lebih kuat berbanding sebelum ini, lebih bekerja keras untuk selamatkan manusia sejagat. Berbeza dengan Desepticons yang lebih lemah. Aku rasa, Decepticons bukan lemah, tetapi Autobots yang semakin kuat sebab banyak training (kot.. hehe). Yela, boleh dilihat secara logiknya, Megatron tidur dalam laut, Starscream plak duduk diam-diam kat base. Macam mana nak kuat.

Plot paling sedih ialah bila Optimus Prime ditikam di dada oleh Megatron dan mati di depan Sam.

Sedih gila time tu.. huhu.. tapi takpa.. Sam mesti tolong selamatkan Optimus Prime yang merupakan satu-satunya Prime yang dapat menyelamatkan dunia. Nak tau lagi.. Pi tengok sendiri la..

Yang penting.. bagi aku, inilah movie yang terbaik dari segi penceritaannya, plotnya, grafiknya, soundnya dan segala-galanya. Aku confirm Transformers revenge of the fallen ni akan jadi movie of the year. Tolong la tengok. Jangan tak tengok.

Wednesday, June 24, 2009

KEBABOM!!

Masa : 12.45 tgh hari
Tarikh : 23 jun 2009
Lokasi : Site Office
Cuaca : Cerah

Ah Seong, machineryman masuk ke office sambil jerit-jerit " jom! jom! kita mau bom dah! kita mau bom!". " jom apeng!"
apeng : "orait!" sambil ambik bootnya.
ah seong : "Amar jom amar!"
En amar : "ya ya kita mau pi.."
Mat Cenik : " Zul pi amik topi dengan boot. jom pi tengok bom!"

Aku yang sememangnya ternanti-nanti akan hari ini.. hehehe.. kerja mengebom batu @ rock blasting. Terujanya aku!

Macam biasa aku jadi cameraman. Sampai ja kat Chainage 8000, aku tgk ramai orang atas bukit.. Polis pon ada! Pastu aku tgk agak-agak 500 m depan, nampak 2 orang tengah tarik-tarik wayar.. macam dalam tv ni.. Siap bunyi siren! Suasana semakin mengujakan ..

Aku terus bersalaman dengan semua orang kat situ termasuk la safety officer yang incharge kat situ. Dia tengah cakap-cakap ikut walkie-talkie dengan engineer bom kat bawah bukit.

safety officer : "Ok.. Kontraktor dah mai.. kita boleh mula.. cas-cas! ready.. cas.."
engineer bom : "ok.. tgk sekeliling.. kalau ada interuption cakap aa..."
safety officer : " ok.. ready untuk tembak.." ( ni dah mcm nak perang ja..) *kata hatiku..
engineer bom : " 1.... 2.... 3.... tembak! tembak! tembak!"

Tembak???????

Chainage 7400 : BOM BOM BOM KEBABOM!!!

Dentuman yang tidaklah kuat mana tapi terasa gegarnya.. bukit tu macam tengah kena tembak dari udara.. asap memenuhi angkasa.. memang mengujakan.. terbayang dalam kepala aku.. kan best kalau aku buat video konon-konon aku tengah jadi Super Saiya sambil letup-letup akt blakang.. hahaha...

safety officer : " Welldone! Ni baru controlled blast.." (maknanya semuanya ikut prosedur)

Encik Polis : "Dulu pernah gak tak meletup.."

Masuk angin kot.. heheh..

kami pun bergegas ke tempat letupan dari untuk tengok hasilnya.. batu-bata yang keras tu habis merekah.. tidak kurang juga yang tergembur keluar..

Engineer bom : " haa.. Ini bekas detonator.. tapi yang dh meletup.. " sambil tunjuk menda macam tangkai plastik kat aku. bentuk macam kepala gear kecik.. ada wayar sambung kat bawah..

Sukardi : " kita guna system apa ni? Nonel or lektrik?" ( saja nak tunjuk konon-konon aku tau.. hehe.. padahal aku penat jugak baca method statement.. Project engineer pon tak baca menda tu!! Apa punya engineer.. shhh..takleh kutuk lebih-lebih.. mampuih aku.. haha )

engineer bom : "kita guna non-lektrik punya.. tapi untuk bukit tinggi nanti kita guna lektrik.." (aku terbangga skit sebab berjaya buat cina tu impress.. konon-konon boleh dapat keja dengan blaster la nanti.. haha! ) "U mau ambik ni pon boleh.. buat survenor.. "

Cina tu terus bagi kat aku menda yang dia pegang tu..

Aku ambik bawak balik.. boleh tunjuk akt kawan-kawan.. haha!

KEBABOM!!






Sunday, June 14, 2009

Harimau Menggigit? sakit tak?

Semalam aku menonton perlawanan persahabatan antara squad Harimau dan Indonesia.. Tahukah anda squad Harimau? Mereka bukanlah sekawan harimau ataupun penjinak harimau, tetapi mereka adalah barisan muda yang menyarung jersi negara dalam bolasepak. Nama Harimau tu konon-konon nak bagi gempaq la.. kalau orang putih dengar, "harimau?? what is that in english, is it a bird??", "no, it is Tiger", "oh! wow.." macam tu la lebih kurang..

Berbalik kepada cerita tadi, perlawanan yang aku tonton ni merupakan siaran tertunda, so, by right aku dah tau la resultnya.. wawawa.. aku ada informer tetap yang dilantik khas iaitu saudara sabrosa.. sebarang perkembangan atau info bolasepak tempatan akan di inform terus pada aku.. so aku sentiasa up to date la.. hehe. Thanks a lot dude!

Berbalik kepada cerita tadi sekali lagi, dari awal permainan squad Malaysia mengawal permainan dan menggunakan corak permainan pantas. ini menyebabkan pasukan Indonesia tertekan dan selalu kehilangan bola kerana mereka bermain lebih perlahan berbanding lawan. banyak hantaran-hantaran yang baik dilakukan oleh squad Harimau dan tidak kurang juga yang tidak baiknya.. Persefahaman dan semangat berpasukan yang ditunjukkan juga baik, mereka menggunakan seluruh posisi untuk menyerang. Namun kegopohan beberapa pemain banyak merugikan pasukan. Contohnya, Zaquan Adha yang mendapat peluang keemasan berdepan 1 on 1 dengan penjaga gol, namun beliau gagal menyempurnakan gol untuk pasukannya. Khyril Muhymeen pula kerap melakukan larian di sebelah kanan dan menerima umpanan yang baik, namun gagal melakukan hantaran silang yang sempurna. Gol tunggal negara yang dijaringkan oleh Zaquan hanyalah hasil kesilapan pertahanan indonesia yang tertanduk bola dan jatuh betul-betul di depan penyerang itu. Barisan pertahan negara beraksi baik dan berjaya menyekat serangan yang cuba dilakukan oleh pihak lawan.
Itulah serba sedikit komen saya akan perlawanan semalam.

Boleh dirumuskan bahawa, squad harimau bawah 23 tahun ini bermain lebih baik berbanding sebelum ini, tetapi perlu perbetulkan sedikit dibahagian serangan. Mereka perlu lebih bersemangat dan menanam sifat ingin menang, perkuatkan mental dan banyakkan menggunakan otak di dalam padang. kredit untuk K.Rajagopal kerana beliau bijak mencorak permainan squad negara. Untuk barisan pemain Negara, para peminat bolasepak negara sentiasa menanti kebangkitan anda semua. Berusahalah dan buktikanlah kepada mereka yang memandang rendah bolasepak kita bahawa kita setanding dengan dunia.

Sekian, majulah sukan untuk negara.

Saturday, June 13, 2009

Kesorangan

Lepa tinggai aku sorang kat Sungai Ramping ni! cilakak!! kalo tinggal keta skali ok gak.. huhu.. Nextweek aku nak balik!!!!!

Thursday, June 04, 2009

DRUM COVER yang terer

Time main youtube kat office, terlintas plak kat pala otak aku yang berjambul ni nak tengok drum cover.. drum cover bukanlah penutup dram atau pun kulit tong drum. Tetapi drum cover adalah drum yang dimainkan bersama lagu orang lain. betul ka definisi aku ni?? hehe.. apa pun aku terjumpa drum cover nih, nama dia Cobus. Drummer dari mana aku pun tatau, tapi aku rasa band dia tak top. Tapi Cobus ni terer gila wa cakap lu... Banyak gak lagu yang Cobus ni cover, lagu yang top-top plak tu.. antaranya Bat country - A7X, The kill - 30 second to mars, The great escape - boys like girls, The diary of jane - Breaking benjamin dan banyak lagi.. cakap banyak tak guna, tengok la sendiri..

http://www.youtube.com/watch?v=hlcUSLNcCp0

Ni plak budak kecik umur dalam 13 tahun. tapi serious shit talented gila.. dia cover lagu-lagu yang sempoi macam tribute - tenacious D, misery business - paramore dan lagu-lagu yang sempoi gak. aku kagum btoi dengan dia ni.. terer2..

Ampa boleh tengok drum cover yang lain dalam related video kat youtube ni..

http://www.youtube.com/watch?v=jHwaONRwAKs

check it out!!!
Pagi tu aku pi office dengan hati yang ceria.. Sebab apa? haa.. sebab tengah hari nanti nak balik aloqstaq lagi! hehe.. kenapa lagi? sebab aku baru ja balik weekend lepas.. ari rabu dah balik lagi.. semua orang hairan..

Kat opis pun takdak keja sangat. Aku just cop borang-borang seperti borang QA, SPK dan PVD pastu suruh orang berkenaan sain. Bila dah takdak keja, aku asyik kacau site clerk, Kak ju.. Macam kak angkat aku la kira.. hehe. dia buatkan air milo untuk aku. Timakasih ya kak!

Abg amar pun boring dia siap boleh layan smallville kat youtube lagi.. Kak ju plak duk syok layan muzik dalam pc dia. Aku baru transfer semua lagu dari mp4 aku ke dalam pc dia sebab aku kesian dia ayik ulang lagu yang sama ja.. pernah skali abg amar mengamuk sebab tension dengar lagu yang sama ja.. hehe.. sian kak ju tak bersalah.
tepat pukul doblas tengah ari ja, mat cenik jerit nama aku.. " ZUL! JOM BALIK!" aku terus mengujakan diri dan siap-siap untuk cabut lari..

Best gla dapat balik lagi! hehe.. kami pun balik tanpa membuang masa dengan menaiki naza sorento kepunyaan company.. pukul 4.30 aku sampai aloqstaq! dan rasa malas sangat nak balik sana.. huhu... damn