Saturday, November 07, 2009

kurafat menatang ni! syirik!

hari jumaat. Aku bangun tepat 6.30 pagi lepas marka aku kejut. aku perasan yg laptop dgn kerusi aku tiada di tempatnya. aku bru tringat ciky pesan jgn kunci bilik sbb depa nak main dota. aku jenguk pintu nampak kawan2 aku still segar duk main dota. aku pun siap2 la solat subuh skali dgn sidai baju semua..

aku cari balik nota aku yg karang malam tu nak study.. aku ada paper lepas jumaat. elok-elok landing ja sempat la aku baca 2 ke 3 baris, aman dan mat bung berdiri dpn pintu bilik aku. "adi, ko pernah dgr tak peter answer?" aman tanya aku.. "tak pernah.. menda?". "haa.. g la tgk.. tu diorg th tgk..". aku pun ikut aman ke bilik apai.

apai dgn ciky tgh tgk kat laptop. interfacenya agak menarik.. ada kaler merah2 meroon. pastu ada textbox kat tgh2. apai taip apa ntah kat situ tapi keluar jawapan 'be patient'. "bung ko je boleh.." apai suruh mat bung duk kat kerusi tu dan cuba..

bung pun duduk dan terus taip kat text box petition : "peter, please answer". kat question box plak: "who is behind me". bung enter dan terus menda tu loading.. keluar jawapan di bawah tu tulis "adi".

hmmmm?? aku dah hairan dah.. ok.. mmg aku yg berdiri belakang mat bung time tu. tiba-tiba ciky datang.. " adi menda ni aku tak tipu sial! dia tau semua! semalam main semua cuak..". aku hairan lagi menda ni..

mat bung taip lagi.. "peter please answer:". "what colour of adi's shirt?". website tu loading lagi dan keluar jawapan.. " white".

damn,, memang aku pakai baju putih pun.. baju horas. memain ka apa menda ni.. apai, aman dan ciky dh bising2 dh sebab jawapan dia betul.. "ok try apa tulis kat baju adi plak" apai suruh bung taip.

petition: "peter please answer:"
question: "what word on adi's shirt?"

jawapan dia " hooras".

"argghhh!! apa niii!!!" aku jerit. apai dh lompat2 tak percaya.. keadaan dalam bilik apai kecoh seketika.. merenang bulu roma!!!

"ok2!! try lain plak"

petition: "peter please answer"
question: "what number on apai's short?"

jawapan dia "90"

woooo!!! apai pakai sluar pendek nike 90. damn menatang apakah ini..

yang menghairankan, bila orang lain yg taip, jawapan tak keluar.. mat bung sorang ja yg boleh taip.
selepas beberapa perbincangan, kami mendapati menda ni macam spirit..bermakna,,, menda tu ada bersama kami kat dlm bilik ni.. "jom try lagi!". aku ambil 80 kupang dari meja apai..

petition: "peter please answer"
question: "how much money on adi's hand"
answer: " 90 cent "

eh.. dia silap sikit kali ni.. mungkin dia tak kenai sekupang.. haha.. kitorang meneruskan kehairanan sambil ketawa,, (sebenarnya tgh cuak...) aku dgn apai duduk atas katil sambil apai berbaring.

petition: peter please answer
question: what is apai doing?
answer: laying

wargghh!! apai terus melompat dari katil... hahaha! sila menda ni., syaitan.. main dgn roh..

petition: peter please answer
question: who is apai girlfriend?
answer: be patient

owh.. menda ni tak boleh tgk menda mcm tu.. hhaha.. tak bolrh la nak suruh tgk jawapan exam k.. haha!

petition: peter please answer
question: what brand of adi laptop
answer: asus

"shit man!! menda kat bilik aku pun dia tau ka.."

kami dah letih dah.. aman yg tak tido dari semalam pn dh toya.. dia landing atas katil apai sambil pejam mata.

petition: peter please answer
question: what is happening now?
answer: aman is sleeping

kami menjerit arrhgghhh!! aman dia tau ang tidoq wei!. aman yg dah toya tu terus melompat berdiri.. haha.. gila.. dah wei jgn main.. suruh dia balik.

petition: peter please answer
question: can u go home?
answer: yes

ampa nak try?? tapi menda ni ampa jgn la buat petunjuk ka ilham ka.. kami try menda ni pun suka2.. tolong jgn percaya dgn menda ni.. tolong jgn buat menda ni sahabat ampa. boleh jatuh bersekutu dgn syaitan plak.. huhu.. kami ada sorang kawan yg agak tinggi ilmu, so.. kami selamat la sikit. kalo ampa tadak reference atau org yg arif pasal ghaib ni, dinasihatkan jangan cuba.. kesian.

3 comments:

sabrosa said...

aku buat dia xjawab pon..haram..hahaha

Unknown said...

weh..aku pon penah men mende ni taon lepas. gile la. syirik weh..

Zarpeno said...

hampa ditipu oleh MAT BUNG!!